NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Punca Keretakan PH



1. Sekurang-kurangnya ada 3 Punca keretakan dalam PH iaitu:

A. Anwar yang mendesak untuk menjadi Perdana Menteri sesegera mungkin.

Umum mengetahui bagaimana Anwar sentiasa mempromosi diri untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya selepas Tun. Juak-juaknya diarah untuk melobi di media bagi memberi tekanan agar Tun menunaikan janji melepaskan jawatan. Persoalannya adakah Tun bersedia untuk membiarkan Anwar menjadi PM? Jawapannya telah terjawab menerusi krisis ini.

B. DAP yang mendesak pelbagai agenda yang mengancam kepentingan Islam Melayu

Kerakusan DAP telah diketahui umum. Isu UEC dan pilihanraya kerajaan tempatan adalah 2 perjuangan DAP yang sentiasa didesak sedangkan Tun tidak berminat. Di samping umum rakyat melihat pelbagai isu melibatkan Islam dan Melayu menjadi bahan cercaan di media maya.

C. Hubungan rapuh antara sesama pimpinan dalam satu parti dan antara parti.

Pertembungan antara Anwar dan Azmin bukan baru bermula semalam. Ia rahsia bertahun yang diketahui umum. Sebuah parti yang bergolak tidak mampu bertahan lama dalam kerajaan dan tidak mampu bekerjasama untuk agenda negara.

2. Rangkuman semua permasalahan ini terluah hari ini menerusi krisis yang berlaku. Azmin keluar daripada PH. PPBM juga berada di luar PH. Tun bukan lagi Perdana Menteri melainkan hanya bersifat interim menanti pelantikan PM baru kerana beliau sendiri bertindak meletak jawatan PM sebelumnya. Ia kesilapan Tun yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk menjadi hikmah yang telah mula terserlah. Tentulah berbeza keadaannya hari ini sekiranya Tun masih belum meletak jawatan. Menteri-menteri PH termasuk yang sombong dan angkuh tentu masih berleluasa berkuasa.

3. Kerajaan Johor telah bertukar tangan. Nasib kerajaan Melaka, Kedah dan Perak juga tergantung menanti apa sikap Azmin dan Muhyiddin dalam menentukan persetujuan siapa menjadi PM. MB Perak dan Kedah serta Ketua Menteri Melaka sudah tidak mempunyai majoriti kerana pasukan Azmin dan PPBM tidak lagi bersama PH. Wakil Rakyat pro azmin dan juga PBBM hanya menunggu arahan menentukan sikap.

4. Pembubaran parlimen boleh berlaku jika tiada nama yang diberi kepercayaan majoriti 112 ahli parlimen untuk menjadi PM. Anwar berkeras tidak menyokong Tun kerana ini lah peluang untuk dia menjadi PM. Namun dia sendiri tidak mempunyai majoriti, hanya sokongan tidak lebih 92 ahli parlimen.

5. Lebih 60 ahli parlimen PAS dan UMNO juga sebulat suara menolak hasrat Tun membentuk kerajaan perpaduan sekiranya disertai oleh DAP. Tanpa PAS dan UMNO Tun tidak mungkin mendapat sokongan majoriti.

6. Rakyat sedang menunggu keputusan Yang Di pertuan Agong selaku pihak yang berkuasa dalam suasana ini. Meskipun Tun telah mendahului Istana membuat kenyataan, rakyat tetap menanti apa kata Istana. Jika 2 mac 2020 adalah penentuannya di Dewan Rakyat, saya sangat sangat bimbang selang masa yang ada lagi 3 hari menjadi medan jual-beli prinsip yang boleh berlaku dengan nilaian jutaan ringgit yang boleh mengelabui mata golongan tidak berprinsip.

7. Apa pun PAS tetap istiqamah untuk selamatkan negara dengan Islam. Moga Allah kurniakan yang terbaik untuk negara tercinta ini.

*Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus
Khamis 27 Februari 2020

https://www.facebook.com/569086473101387/posts/3132409186769090/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo