NOTIS:
PKR pecat Azmin, Zuraida
PETALING JAYA, 30 Jamadilakhir 1441H, Isnin – Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR memecat Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin dipecat sebagai anggota parti berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan itu dimaklumkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media, hari ini.
Saifuddin berkata, berlaku pengkhianatan terbuka oleh berapa watak yang menjadi dalang utama yang jelas bertentangan dengan pendirian parti dalam perkara kedudukan Perdana Menteri.
"Akibat pengkhianatan terbuka, ia menyebabkan keadaan yang boleh menjejaskan kerajaan PH. Jadi ia membawa kesan kepada ekonomi dan politik. Kita lihat (kejatuhan) ringgit, bursa saham dan sebagainya.
"MPP (Majlis Pimpinan Pusat) mengambil ketetapan Azmin dan Zuraida dengan ini dipecat berkuat kuasa serta merta ," katanya.
Saifuddin berkata, MPP tidak membincangkan sama ada kedua-dua jawatan kosong itu perlu dipangku serta-merta.
Sumber: https://www.ismaweb.net/2020/02/24/pkr-pecat-azmin-zuraida/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment