ALOR SETAR: Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Yahaya menyifatkan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba mengalihkan kekusutan yang dialami dalam pakatan berkenaan dengan meletakkan Pas sebagai punca untuk memecah belahkan gabungan terbabit terutama melalui usul undi percaya di Dewan Rakyat.
Menurut beliau, Pas tidak pernah dan tidak akan melakukan hal demikian sebaliknya, PH sendiri menunjukkan secara jelas keretakan yang dialami mereka.
PH juga, tegas Ahmad, tidak pernah ‘bersatu’ dalam setiap pandangan serta keputusan yang dibuat sejak mengambil alih kerajaan pada Mei 2018.
Tambahnya, Anwar juga tidak layak dan tidak relevan untuk diangkat sebagai Perdana Menteri memandangkan beliau tidak mampu mengawal Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpinnya.
Sehubungan itu, Ahmad menegaskan, PAS Kedah menyokong penuh tindakan yang dibuat Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal ini.
"Pendirian saya sama macam hari itu (Anwar tak layak jadi PM), cuma tadi saya sebut Anwar dakwa ini (sokongan PAS pada Dr Mahathir) bertujuan untuk pecah belah PH.
“Saya tak pernah tengok PH bersatu, yang saya nampak PH memang bertelagah dan bertempur daripada sejak ambil alih pentadbiran sampai ke hari ini.
“Pertembungan itu terzahir kebelakangan ini, bila kenyataan menghentam Tun (Dr Mahathir), kenyataan menghentam sesama sendiri, sampai peringkat ada satu parti saman menyaman antara satu sama lain, saya kira itu sudah cukup untuk beri isyarat bahawa PH tak bersatu pun.
“Jadi tidak ada sebab kalau kita sebut kata kita (PAS) nak pecahkan PH, (PAS) tak buat pun memang berpecah dah,” katanya ketika ditemui media pada Rabu.
Beberapa hari lalu, Anwar mendakwa PAS cuba untuk memecah belahkan PH dengan membawa usul undi percaya dengan menyokong kepimpinan Dr Mahathir di peringkat Dewan Rakyat.
Tambahnya, usul terbabit dilihat sebagai satu perkara "canggung" yang tidak pernah dibuat mana-mana parti pembangkang sesebuah kerajaan.
Usaha terbabit, kata Anwar, merupakan dakyah terbaharu parti PAS dan PH tidak akan terpedaya dengan perkara tersebut.
Jawapan Parlimen. 1. Parlimen, medan untuk sekalian (wakil) rakyat berbahas dan bertanya. 2. Setiap perbahasan dan pertanyaan, h...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment