Sidang Media Presiden PAS
Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang:
Kita pernah cadang bawa usul kepercayaan dalam dewan rakyat. Kita dah cadang (supaya) usul dibahas di dewan rakyat tetapi oleh kerana respon daripada banyaknya tak bersetuju undi kepercayaan itu maka pada pandangan kita terserah kepada rakyat buat pilihan raya umum. Itu sahaja.
Wartawan:
Makna PAS tetap memilih untuk mengadakan pilihan raya?
Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang:
Pilihan raya semula. Balik kepada rakyat.
Wartawan:
Sebabnya kecelaruan sangat politik ini atau macam mana ayah chik?
Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang:
Ya, kecelaruan. Baik serah balik kepada rakyat.
Wartawan:
Ayah Chik, adakah adanya dakwaan berlakunya sekarang ini beli dan jual undi sebagainya. Macam mana itu?
Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang:
Diberitakan begitulah. Baik serah kepada rakyat. Nak beli, beli rakyat la. Jangan beli wakil rakyat, beli rakyat.
Wartawan:
Jadi maknanya kalau bubar parlimen...
Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang:
Beli rakyat la. Rakyat nak jual diri ke, itu ikut suka rakyat la. Bubar parlimen.
Wartawan:
So, dengan keadaan sekarang macam mana pendirian PAS sekarang ini? Masih menyokong Tun M ke atau sebaliknya?
Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang:
Oleh kerana orang tak sokong, tak ada makna kita sokong. Suara tak cukup. Asalnya kita cadang usul di parlimen untuk sokong Tun M. Oleh kerana responnya tidak positif daripada semua termasuklah Dap, termasuk PKR tidak menyokong dia lagi, Umno pun tak sokong, tak ada makna kita sokong. Dengan sebab itu, serah balik kepada rakyat.
Wartawan:
Jadi PAS bersedia untuk mengadakan pilihan raya bila-bila masa?
Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang:
Bersedia bila-bila masa.
Malik Razak
Setiausaha Akhbar Presiden PAS
Jumaat 28 Februari, 10.45 pagi
No comments
Post a Comment