NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peralihan kuasa: PKR gagal, DAP meroyan?


Dr Kamarul Zaman Yusoff

MENGIKUT akhbar Sinchew Daily, Mesyuarat Biro Politik PKR pada 19 Februari telah memberi mandat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut satu tarikh peralihan kuasa yang spesifik dari Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH malam tadi, di mana bulan November dan Disember tahun ini merupakan satu pilihan bagi PKR, kerana PKR dikatakan "sudah menunjukkan kesabaran paling tinggi".

Begitu juga dengan DAP yang dilaporkan bersetuju bahawa tarikh peralihan kuasa yang spesifik adalah diperlukan, di mana DAP mahu ia dilaksanakan pada bulan Disember.

Saya awal-awal lagi menyebut bahawa saya tidak nampak sebarang jalan bahawa tempoh spesifik peralihan kuasa akan dapat ditentukan di dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH kerana faktor Perjanjian PH yang memerlukan segala keputusan dibuat secara sebulat suara.

Satu perkara yang dianggap mudah oleh Anwar di mana ia kononnya akan dapat diselesaikan dalam masa setengah jam sahaja, realitinya memakan masa berjam-jam.

Dan ternyata akhirnya PKR dan DAP, mungkin juga AMANAH, gagal dalam misi mereka untuk mendapatkan satu tarikh peralihan kuasa yang spesifik dari Dr Mahathir.

Sekali gus menyebabkan pemimpin DAP, yang sebelumnya terlebih gembira dengan pemberhentian prosiding terhadap 12 tertuduh LTTE, meroyan dengan keputusan ini.

Sumber: https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/3038637212846983

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo