BANGI, 3 Rejab 1441H, Khamis – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan tindakan yang diperlakukan terhadap umat Islam di India ketika ini sebagai kejam.
Beliau turut menggelar pelaku perbuatan berkenaan sebagai bukan manusia dan sangat ganas.
"Demikian kejamnya mereka. Mereka bukan manusia tetapi lebih ganas daripada binatang," katanya menerusi status dalam Facebook beliau, hari ini
Terdahulu, protes terhadap undang-undang kewarganegaraan baru India yang kontroversi semakin memburuk apabila terkini 25 orang termasuk Ketua Konstabel Delhi, Ratan Lal terbunuh sementara ratusan yang lain tercedera.
Keadaan dilaporkan menjadi semakin mengganas apabila kawasan kejiranan muslim di Utara-Timur New Delhi diserang, rumah-rumah, tempat perniagaan, tempat ibadat dibakar malah ada yang dengan sengaja menyasarkan serangan terhadap umat Islam.
Pegawai melaporkan bahawa angka kematian sejak Isnin hingga semalam telah mencapai 13 orang – keganasan yang paling dahsyat di ibu negara India dalam beberapa dekad.
Lebih daripada 150 orang cedera, termasuk seorang wartawan saluran berita JK24 berada dalam keadaan serius selepas ditembak.
Laporan itu mendedahkan bahawa orang Islam telah dibunuh dengan kejam dan rumah-rumah dijarah serta dibakar dalam rusuhan, selain masjid turut diruntuhkan.
Lebih mengerikan lagi, apabila penyerang membunuh seorang bayi selepas mereka enggan membenarkan ibunya untuk menyelamatkan bayi tersebut sebelum membakar rumahnya, menggambarkan keadaan berbahaya yang semakin meningkat di India.
KUALA LUMPUR : Gejala zina tidak terkawal jelas mencerminkan kerosakan anak muda hari ini, yang akan memberi kesan buruk kepada generasi aka...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment