Oleh itu UMMAH Melaka menyeru tindakan segera perlu diambil oleh mana-mana parti politik bagi menyelesaikan masalah ini berjumpa dengan Tuan Yang Terutama Gabenor Negeri Melaka untuk membubarkan kerajaan yang ada dan segera membentuk kerajaan yang baru. Juga sekiranya tindakan segera tidak diambil UMMAH Melaka sangat bimbang berkenaan krisis politik yang melanda akan memberi kesan yang sangat teruk terhadap krisis air yg sedang melanda rakyat Melaka sekarang. Setiap minit berlalu jika tidak diambil tindakan akan menyebabkan krisis ini semakin parah.
UMMAH Melaka mengutamakan kesejahteraan rakyat Melaka.
CIKGU HISHAMMUDIN BIN ABU BAKAR
PENGERUSI
GERAKAN PEMBELA UMMAH MELAKA
Sumber: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=660050021429660&id=417526109015387
No comments
Post a Comment