NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Majlis Profesor Negara tolak PPSMI


KAJANG: Majlis Profesor Negara (MPN) menolak cadangan kerajaan untuk memperkenalkan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Mentematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

MPN berpendapat PPSMI yang dilaksanakan sebelum ini di sekolah-sekolah telah terbukti gagal.

Pengerusi MPN Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin menjelaskan kerajaan perlu jelas sama ada mahu bagus dalam bahasa atau sains.

Beliau mengambil contoh sistem pendidikan seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuktikan bahasa kebangsaan berjaya melahirkan graduan berjaya dalam bidang kritikal termasuk doktor.

"Kita kena pisahkan sama ada kita mahu bagus dalam bahasa atau kita mahu bagus dalam bidang sains?

"Kalau mahukan bukti UKM sudah wujud semenjak tahun 1970an lagi dan semua diajar dalam Bahasa Melayu, dah beratus doktor kita (UKM) hasilkan, dah beratus jurutera dah keluar.

"Apakah apa yang dibuat oleh lulusan UKM dalam bidang Sains tidak berguna kerana guna Bahasa Melayu?

"Saya bertanya itu kerana saya dari UKM dan tanggungjawab UKM ialah mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan sebagai bahasa ilmu dan mengisi ilmu itu dalam Bahasa Melayu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat MPN pada Rabu.

Sementara itu, Presiden dan CEO MPN Profesor Datuk Dr Raduan Che Ros menjelaskan pendirian MPN terhadap pelaksanaan PPSMI dibuat berdasarkan fakta yang telah diperolehi dari 560 profesor di negara ini.

Bagaimanapun Raduan berkata, keutamaan perdana menteri kepada usaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan graduan harus diberi perhatian oleh kerajaan.

Isu ini timbul kembali selepas video penerangan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pemangku Menteri Pelajaran kepada pegawai kementerian tentang kepentingan PPSMI.

Bagaimanapun dalam satu sidang media, Dr Mahathir menjelaskan pelaksanaan PPSMI belum dimuktamadkan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo