NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Liberal keliru mengenai hak bersuara


Dr. Ahmad Sanusi Azmi

1. SITI Kasim (melalui NGO Maju) dilihat mempertahankan tindakan graduan UM yang didakwa menghina Naib Canselor UM dengan membawa plakad ke dalam Dewan Konvo untuk mendesak pemimpin universiti meletakkan jawatan sambil melaungkan perkataan 'Tolak Rasis'; 'Undur VC' dan 'Ini Tanah Malaysia'.

2. Sebahagian Liberal terkadang dilihat keliru dengan pengertian hak bersuara sehingga sanggup mempertahankan tindakan biadab yang boleh memberikan mesej yang salah kepada penuntut ilmu.

3. Tidak salah untuk menegur pemerintah, namun ia seharusnya disampaikan dengan jalan yang betul. Dengan sebab itu sebahagian salafussoleh menyatakan bahawa memiliki adab itu lebih utama dari menguasai ilmu yang luas. Apa gunanya ilmu setinggi langit andai diri tidak dihiasi dengan adab mulia. Atas dasar itu Abdullah ibn al-Mubarak menegaskan bahawa:

Ł†Ų­Ł† Ų„Ł„Ł‰ Ł‚Ł„ŁŠŁ„ Ł…Ł† Ų§Ł„Ų£ŲÆَŲØ Ų£Ų­ŁˆŲ¬ُ Ł…Ł†Ų§ Ų„Ł„Ł‰ ŁƒŲ«ŁŠŲ±ٍ Ł…Ł† Ų§Ł„Ų¹Ł„Ł…

"Kita lebih memerlukan kepada adab (walau) sedikit berbanding dari memiliki ilmu yang menggunung." (al-Khatib al-Baghdadi, al-Jami' li Akhlaq al-Rawi)

4. Bahkan al-Imam Malik dikatakan sangat mengutamakan adab dalam pengajian beliau. Perkara ini dinukilkan oleh anak murid beliau iaitu Abdullah ibn Wahb yang menyebutkan:

Ł…Ų§ Ł†Ł‚َŁ„ْŁ†Ų§ Ł…ِŁ† Ų£ŲÆŲØ Ł…Ų§Ł„Łƒٍ Ų£ŁƒŲ«Ų±ُ Ł…Ł…Ų§ ŲŖŲ¹Ł„Ł…Ł†Ų§ Ł…ِŁ† Ų¹ِŁ„Ł…Ł‡

"Apa yang kami pelajari daripada adab Imam Malik itu lebih banyak dari apa yang kami pelajari dari ilmunya." (al-Asbahani, Hilya al-Aulia')

5. al-Imam Malik dikatakan turut pernah menegur al-Imam al-Shafie yang dilihat seakan bermain-main dengan jarinya ketika majlis pengajian hadith dijalankan. Perbuatan bermain-main dengan jarinya itu seakan dilihat tidak beradab ketika pengajian hadith. al-Imam Malik lalu memanggil al-Shafie untuk bertanya tentang kelakuannya itu. al-Shafie lalu menjawab:

ŁŠŲ§ Ų³ŁŠŲÆŁŠ! Ł…Ų§ ŁƒŁ†ŲŖُ Ų£Ų¹ŲØŲ« ŁˆŁ„ŁƒŁ†ŁŠ ŁƒŁ†ŲŖُ Ų£Ų³Ų¬Ł„ ŲØŲ±ŁŠŁ‚ŁŠ Ł…Ų§ ŲŖŁ‚ŁˆŁ„ Ų­ŲŖŁ‰ Ł„Ų§ Ų£Ł†Ų³Ł‰؛ Ł„Ų£Ł†Ł†ŁŠ ŁŁ‚ŁŠŲ±، ŁˆŁ„Ų§ Ų£Ł…Ł„Łƒ Ų§Ł„ŲÆŲ±Ł‡Ł… Ų§Ł„Ų°ŁŠ Ų£Ų“ŲŖŲ±ŁŠ ŲØŁ‡ Ų§Ł„Ł‚Ų±Ų·Ų§Ų³ ŁˆŲ§Ł„Ł‚Ł„Ł….

"Wahai Tuanku, aku tidak bermain-main, tetapi aku menulis dengan air liurku (di atas tapak tanganku) agar aku tidak lupa. Sesungguhnya aku adalah orang yang miskin dan tidak mempunyai dirham untuk memberi kertas dan pen."

Rupa-rupanya al-Imam al-Shafie menulis diatas telapak tangannya menggunakan air liurnya. al-Imam Malik menyangkakan bahawa al-Shafie bermain-main dengan tangannya. Lihatlah betapa seriusnya al-Imam Malik dalam menjaga adab anak muridnya ketika pengajian ilmu sedang berjalan.

6. Bahkan sebahagin hukama menyimpulkan bahawa adab yang tinggi adalah kesan dari ibadah yang diterima. Seakan tiada gunanya buat mereka yang mempunyai amal yang banyak tetapi tidak memiliki adab yang tinggi. al-Imam Ibn al-Qayyim menukilkan:

Ų§Ł„Ų£ŲÆŲØُ ŁŁŠ Ų§Ł„Ų¹Ł…Ł„ Ų¹Ł„Ų§Ł…Ų©ُ Ł‚َŲØŁˆŁ„ Ų§Ł„Ų¹Ł…Ł„

"Beradab di dalam amalan itu (salah satu daripada) tanda amalan itu diterima." (Madarij al-Salikin)

7. Seorang Muslim seharusnya mengerti bahawa dalam menegur orang yang lebih tua, kita tidak seharusnya meninggalkan adab. Jangan jadi seperti golongan liberal yang keliru dengan pengertian hak peribadi sehingga membenarkan tindakan biadab terhadap seseorang. Janganlah seorang Muslim itu dirosakkan dengan kekeliruan pemikiran liberal yang memisahkan keutamaan hak adab islam dalam memperjuangkan hak manusiawi.

Semoga Allah membimbing kita semua.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo