KETEGANGAN terkini berkaitan sempadan dan hak perairan di kawasan pertikaian Laut China Selatan di Pulau Natuna antara China dan Indonesia harus diselesaikan secara diplomasi dan aman bagi mengelakkan keadaan menjadi bertambah rumit.
China dan Indonesia disarankan agar menghentikan tindak balas dan provokasi yang boleh memburukkan keadaan, bukan hanya di kawasan terbabit tetapi akan menjejaskan hubungan dua hala terutamanya di antara negara-negara ASEAN dan China yang sejak sekian lama erat baik dari segi ekonomi, kebudayaan dan sejarah.
Justera itu, PAS menggesa agar China dan Indonesia menggunakan saluran diplomatik dan rundingan untuk menyelesaikan pertikaian tersebut.
Dalam masa yang sama, semua pihak harus menghormati undang-undang antarabangsa dalam usaha untuk mengelak pertikaian ini menjadi bertambah buruk dan menjejaskan kestabilan Asia Tenggara mahupun Laut China Selatan.
PAS menyarankan agar semua pihak mengamalkan semangat setiakawan ASEAN dan China yang telah lama terjalin. Konflik dan konfrantasi tidak akan menguntungkan mana-mana pihak tetapi jelasnya ASEAN dan China yang akan rugi akhirnya.
PAS menegaskan Laut China Selatan wajar kekal aman dan bebas konflik dan pertikaian yang mampu bertukar menjadi medan tempur dan perang harus dielakkan kerana dikhuatiri akan menjejaskan kestabilan Asia Tenggara sama ada dari sudut geopolitik ataupun ekonomi.
Hampir semua ahli politik Pakatan Harapan (PH) bertindak mengunci mulut, manakala kebanyakannya enggan memberikan sebarang komen susulan kep...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment