NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Baru : UMMAH Sedia Jumpa Tun Dr. Mahathir



Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) yang mewakili lebih 650 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), tokoh pimpinan serta rakyat bersedia untuk berjumpa Perdana Menteri Interim, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberikan cadangan dan pandangan bagi membantu beliau membuat keputusan yang terbaik untuk rakyat dan negara.

Pertemuan ini dicadang segera sebelum sebarang keputusan menubuhkan kerajaan baru mengambil kira pandangan daripada rakyat secara keseluruhannya.

UMMAH berharap Tun Dr Mahathir dapat memberikan masa dan dapat membuka ruang muzakarah yang luas bagi mencapai suatu keputusan yang terbaik untuk rakyat dan membina negara Malaysia yang lebih sejahtera.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
27 Februari 2020

#BubarParlimen

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo