NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kehadiran Fadillah di kediaman Muhyiddin sebagai "pemerhati" GPS - Abang Jo



KAPIT: Teka-teki keberadaan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof di rumah Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu adalah untuk memahami situasi semasa ketika ini.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika ditanya oleh media di Belaga, Sarawak hari ini.

Antara lain Abang Jo yang juga Ketua Menteri Sarawak turut menyatakan pendirian beliau berhubung kemelut politik yang melanda negara masa ini

"Saya tak ke kiri, tak ke kanan," kata Abang Jo secara ringkas, ketika ditanya pemberita di majlis pelancaran Zon Belaga pada Sabtu, hari ini.

Ini masih menimbulkan tanda tanya sama ada Abang Jo menzahirkan sokongan beliau kepada Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad atau sebaliknya.

Ditanya mengenai kerjasama antara GPS dengan DAP, beliau berkata perkara itu hanya akan dibincangkan menerusi satu mesyuarat tertutup yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada Ahad.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo