NOTIS:
Kegagalan Anwar Mendapat Sokongan Majoriti Parlimen : Tertubuhnya Kerajaan Baru
1) UMMAH mengucapkan tahniah diatas pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri (interim) Malaysia.
2) Polemik dan krisis dalaman Pakatan Harapan (PH) membawa kepada terbubarnya kerajaan PH. Tambahan lagi, Anwar Ibrahim juga gagal mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen untuk dilantik sebagai PM. Berikutan itu, kerajaan Pakatan Harapan negeri-negeri juga turut lumpuh.
3) Bagi menyelamatkan negara, Tun Dr Mahathir telah menubuhkan satu kerajaan baru demi kebaikan negara dan rakyat yang menggabungkan parti-parti politik yang didominasi oleh Melayu Islam
4) UMMAH menyokong penuh agenda mengutamakan kepentingan negara adalah lebih penting dan segera untuk dilaksanakan.
5) Maka UMMAH dengan ini memberi sokongan penuh kepada kerajaan baru yg telah diumumkan Tun M.
6) UMMAH menyeru kerajaan baru segera menyelamatkan negara, dengan lebih mensejahterakan rakyat dan negara demi kepentingan semua kaum.
7) UMMAH juga menyeru kerajaan baru menegakkan rule of law dan keadilan utk semua rakyat.
8) Memelihara Islam dan Raja-Raja Melayu, menegakkan Perlembagaan Persekutuan dan mempertahankan hak bumiputera serta menghormati hak semua kaum lain dinegara ini.
9) UMMAH menyeru diutamakan keamanan dan keselamatan rakyat serta negara , memulihkan ekonomi negara dan mengukuhkan perpaduan nasional bagi semua kaum.
10) UMMAH akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya bagi menjayakan agenda mensejahterakan rakyat dan negara. Walaubagaimanapun, Ummah masih memainkan peranan sebagai gerakan yang akan sentiasa melakukan semak imbang kepada kerajaan yang memerintah.
11) Rakyat mengimpikan sebuah kerajaan yang inklusif,adil dan berkebajikan serta pemimpin yang melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=493808284617038&id=136651590332711
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment