NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keangkuhan Dap Berterusan : Prosiding Perlucutan Kewarganegaraan Ke Atas Bekas Adun Dap Pujut Perlu Dimulakan Segera


oleh: Dr Kamarul

Bukan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan, tetapi tujuh orang, iaitu YAA Dato' Rohana binti Yusuf (Presiden Mahkamah Rayuan), YA Datuk Seri Haji Mohd. Zawawi bin Salleh, YA Dato' Abdul Rahman bin Sebli, YA Datuk Ong Lam Kiat Vernon, YA Datuk Nallini Pathmanathan, YA Dato' Zabariah binti Mohd. Yusof dan YA Datuk Hasnah binti Dato' Mohammed Hashim (Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan) yang memutuskan di dalam keputusan penghakiman mereka pada 11 Februari 2020 bahawa:

(i) “Dengan mendapatkan secara sukarela kewarganegaraan Australia, memberikan ketaatsetiaan kepada Australia dan menjalankan hak-hak seorang warganegara Australia, ketaatsetiaan Dr Ting Tiong Choon kepada Malaysia boleh dipersoalkan.” (“By voluntarily acquiring Australian citizenship, pledging loyalty to Australia and exercising the rights of an Australian citizen, Dr Ting Tiong Choon’s loyalty to Malaysia is questionable.”)




(ii) “Dengan mendapatkan kewarganegaraan Australia, Dr Ting Tiong Choon boleh dan masih boleh dilucutkan kewarganegaraan Malaysia beliau di bawah Perkara 24(1) Perlembagaan Persekutuan.” (“Dr Ting Tiong Choon by having acquired the citizenship of Australia was and still is liable to be deprived of his Malaysian citizenship under Article 24(1) of the Federal Constitution.”)

Di sebalik penegasan tujuh orang Hakim Mahkamah Persekutuan ini bahawa “ketaatsetiaan Dr Ting Tiong Choon kepada Malaysia boleh dipersoalkan” dan “Dr Ting Tiong Choon boleh dan masih boleh dilucutkan kewarganegaraan Malaysia beliau”, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, yang juga adalah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, sebaliknya mengangkat bekas ADUN DAP Pujut ini dengan melantik beliau sebagai Setiausaha Politik. Inilah sebenarnya tahap keangkuhan DAP kepada undang-undang negara.

Sumber: https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/3038855676158470

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo