BANGI, 18 Jamadilawal 1441H, Rabu – Para ulama berhak melarang umat Islam daripada terbabit dalam ritual agama lain yang bertentangan dengan Islam, terutama berkait rapat soal akidah.
Yang Dipertua gerakan utama Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Datuk Ustaz Haji Zamri Hashim membangkitkan perkara itu apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi pandangan bahawa haram bagi orang Islam menyertai Pesta Ponggal.
Ustaz Zamri yang juga Timbalan Mufti Perak berkata, Ponggal mengandungi ritual-ritual penyembahan dewa-dewa.
"Bagi umat Islam, upacara-upacara yang mengandungi unsur mempersembahkan sesuatu kepada dewa-dewa adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam.
"Sebagai perbandingan, perayaan Aidiladha adalah perayaan besar di dalam Islam, namun bagi penganut Hindu, ia bertentangan dengan ajaran mereka.
"Umat Islam sudah tentu tidak berasa kecil hati jika sami-sami hindu melarang penganutnya untuk tidak turut serta di dalam sambutan Aidiladha, kerana umat Islam sangat memahaminya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan surat pekeliling berhubung perayaan Pesta Ponggal, bagi mengurangkan kebimbangan pihak ibu bapa murid beragama Islam dalam pembabitan anak mereka semasa sambutan perayaan itu dan ia bukan halangan untuk diadakan di sekolah.
Pekeliling itu turut menggariskan beberapa syarat yang digariskan oleh Jakim seandainya umat Islam turut sama hadir dalam perayaan Pesta Ponggal itu.
Bagaimanapun, Jakim hari ini menegaskan, pihaknya hanya memberikan pandangan berkenaan penyertaan umat Islam dalam sambutan Pesta Ponggal serta tidak menghalang ia dilaksanakan.
Menjelaskan perkara itu, Unit Komunikasi Korporat Jakim berkata, pandangan yang dikeluarkan adalah susulan daripada permohonan pihak KPM kepada Jakim mengenai garis panduan kepada warga pendidikan muslim yang terlibat dalam perayaan tersebut.
Sebarang keputusan mengenai perkara tersebut adalah di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan, katanya.
Tindakan Anwar Ibrahim menghantar semula (retweet) beberapa kiriman X yang diwarnai bahasa kasar seperti mana lazimnya digunakan tentera sib...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment