1. Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) menasihati Timbalan Ketua Menteri ll, P Ramasamy dan Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran untuk tidak memaksa umat Islam terlibat meraikan Sambutan Pesta Ponggal apabila kedua-dua mereka mengecam dan mempertikaikan arahan Kementerian Pendidikan untuk semua sekolah melarang pelajar Islam menyertai Pesta Ponggal yang diisytiharkan haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
2. DUPP mempertahankan arahan Kementerian Pendidikan tersebut dan keputusan JAKIM itu kerana selaras dengan tuntutan agama bagi memastikan akidah umat Islam dari dicemari dengan unsur-unsur yang mempunyai spiritual keagamaan.
Firman Allah SWT :
ŁَŁُŁ
ۡ ŲÆِŪŁُŁُŁ
ۡ ŁَŁِŪَ ŲÆِŪŁِ
Maksudnya :
"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku". - [Surah Al-Kafirun 6]
3. DUPP mempersoalkan apa relevan untuk pelajar-pelajar Islam di sekolah-sekolah dikerah untuk terlibat sama dalam Pesta Ponggal ini. Sedangkan dalam masa yang sama kita tidak melarang pelajar yang beragama Hindu untuk menyambut Pesta tersebut. Inilah toleransi kita dalam perbezaan agama dalam perayaan masing-masing yang perlu dihormati akan prinsip oleh penganut agama lain.
4. P Ramasamy dan M Kulasegaran seakan mencabar dengan sengaja terhadap Perdana Menteri yang merupakan Pemangku Menteri Pendidikan buat masa ini kerana tidak boleh menghormati akan arahan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan tersebut. Sikap mereka berdua ini akan membawa kepada ketidak harmonian dan ketidak stabilan dalam sistem pentadbiran Negara kerana apa yang mereka mahukan kepentingan kroni dan sikap perkauman yang melampau tanpa mahu menghormati pendirian pihak lain.
5. DUPP bimbang jika terdapat Menteri-Menteri yang bersikap dengan sedemikian rupa akan menambahkan kesan negatif terhadap keharmonian dan perpaduan antara semua kaum yang di lihat semakin kritikal kerana gagalnya kerajaan PH dalam menangani isu besar ini. Tidak cukup dengan penentangan tulisan jawi oleh Dong Jiao Zong yang sengaja mencabar keputusan mahkamah dan sensitiviti umat Islam, diikuti beberapa isu yang terkait dengan sensitiviti Umat Islam sebelum ini, kini muncul pula isu yang memaksa pelajar Islam di sekolah untuk sambut Pesta Ponggal sedangkan ia "diharamkan" oleh JAKIM.
6. DUPP memberi amaran kepada P Ramasamy dan M Kulasegaran agar tidak terus menerus melakukan sesuatu atau mengeluarkan sebarang kenyataan biadap dengan mencampuri urusan Umat Islam yang berpegang teguh kepada agama dan prinsip yang mesti dihormati selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan yang meletakan Islam sebagai agama Persekutuan.
Sekian.
YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2854043567993806&id=112140085517515
No comments
Post a Comment