Pada Dis 2018, BN-Umno Sabah menyaksikan enam ahli parlimen, sembilan Adun dan dua senator meninggalkan parti itu ekoran kejayaan PH menguasai Putrajaya beberapa bulan sebelumnya.
Selain Bung Moktar, hanya bekas ketua menteri Sabah merangkap Adun Sungai Sibuga, Musa Aman, kekal bersama Umno.
Bung Moktar juga memberitahu semua parti pembangkang termasuk Parti Bersatu Sabah (PBS) bersetuju bekerjasama di Kimanis.
Katanya, PBS juga mengesahkan tidak akan menurunkan calon mereka untuk PRK kali ini.
“Presiden PBS, Maximus Ongkili, menyatakan parti itu akan menyokong pihak yang menentang inisiatif pas sementara Sabah (PSS),” tambahnya.
Setakat ini parti pembangkang lain yang berpangkalan di Sabah - Parti Demokratik Liberal (LDP), Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Usno dan Parti Progesif Sabah (SAPP) - sudah membuat keputusan tidak mengambil bahagian dalam PRK Kimanis.
Menurut Bung Moktar, beliau berharap PRK Kimanis akan menyaksikan Muafakat Nasional akan diterima di Sabah.
“Semangat Muafakat nasional yang semakin diterima rakyat perlu ditampilkan di Kimanis.
”Kini adalah masa untuk kita semua membuktikan bahawa Muafakat Nasional yang bersifat berbilang kaum dan tidak mengetepikan agama atau kaum lain, akan mencetuskan nasionalisme Sabah di Kimanis,” katanya.
Sementara itu, Mohamad merakamkan terima kasih kepada bekas menteri luar, Anifah Aman, yang membuat keputusan untuk tidak bertanding mempertahankan kerusi berkenaan.
Katanya, Anifah berikrar untuk berkempen membantunya walaupun bekas menteri kanan itu sudah meninggalkan Umno pada Sept 2018.
Industri lega kuota NEM Rakyat kembali dibuka
2 hours ago
No comments
Post a Comment