Parti Islam Se-Malaysia (PAS) meminta laporan yang telah disiapkan oleh Pasukan Petugas Dasar Sijil Peperiksaan Bersepadu (PPDUEC) dikemukakan kepada rakyat untuk turut dinilai dan diberi pandangan. Sejak ia dibentuk pada bulan Oktober 2018 iaitu 15 bulan lalu, laporan akhir PPDUEC masih gagal diserahkan kepada Menteri Pendidikan meskipun mandat yang diberikan adalah selama enam bulan.
PPDUEC dibentuk adalah untuk mengumpul dapatan isu kontroversi UEC. Kemudian, ia akan mengemukakan syor kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Isu UEC juga tidak dibawa ke Dewan Rakyat untuk dibahaskan. Walhal, ia adalah isu yang besar melibatkan kepentingan awam dan juga Dasar Pendidikan Kebangsaan serta Akta Pendidikan 1996.
Merujuk kepada kenyataan terakhir PPDUEC kelmarin, laporan akhir dikatakan hanya akan diserahkan kepada Menteri Pendidikan yang baharu. Walhal, jika dirujuk kepada kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (4 Oktober 2019), laporan akhir mestilah diserahkan pada akhir Oktober 2019 tanpa penangguhan lagi. Kelewatan penyerahan laporan tersebut sepatutnya tidak wajar berlaku.
Sekian, terima kasih.
TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian)
Rejim Israel mempergiatkan serangan propagandanya dengan memperuntukkan dana yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk membentuk pendapat ...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment