NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr Maszlee Malik (MM) Memang Wajar Letak Jawatan? Satu Penilaian Secara 'Objektif'



Peletakan jawatan bekas Menteri Pendidikan MM mendapat pelbagai reaksi, umumnya simpati, sedih dan marah.

Simpati, sedih dan marah oleh massa ini boleh jadi atas dua kemungkinan.

Pertama kerana sentimen muak dengan sikap 'anti-nasional' DAP.

Kedua kerana sentimen terkait dengan 'Melayu-Muslim, Islamist, Post-Islamist, Jemaah IRC, JIM, Ikram, Parti Bersatu, Pensyarah Universiti etc'

Tetapi mungkin juga ada yang tak setuju dengan dua alasan di atas.

Mereka mungkin simpati, sedih dan marah kerana MM memang berwibawa dan tak wajar meletak jawatan.

Justeru MM dianggap Menteri yang cemerlang.

Pada saya, MM secara relatifnya memang lebih cemerlang berbanding beberapa Menteri PH lain.

Namun, sebagai pendidik di universiti, wajar untuk saya buat penilaian secara objektif dan lebih menyeluruh ke atas pencapaian MM sebagai Menteri Pendidikan.

Berdasarkan kenyataan rasmi MM dan tulisan di FB beliau, kita dapat lihat beberapa highlight utama kejayaan MM sebagai Menteri.

Antara yang MM sebut adalah laporan 100 hari dan kad laporan tahunan KPM sebagai bukti akauntabiliti kementerian.

Kemudian pula projek sekolah daif, murid berkeperluan khas (MBK) merujuk kepada sifar keciciran termasuk anak tak sah taraf, anak OKU dan anak warga asing.

Seterusnya pengurangan bebanan guru, pertukaran guru suka sama suka dan kemudian kempen membaca.

Beliau juga sebut isu kualiti pendidikan yang terbantut akibat 'korupsi' lepas.

Lagi adalah pendidikan digital dan internet sebelum agenda IR 4.0 dan STEM di sekolah dapat diberikan fokus.

Perancangan 2020 pula adalah meningkatkan kualiti sekolah dan universiti.

Mewajibkan anak-anak habis sekolah melalui penggubalan akta pendidikan.

Meningkatkan kebolehanpasaran graduan TVET, kualiti serta kebersaingan universiti, autonomi universiti, outcome based, PFI etc.

Paling utama, MM sebut beliau telah meletakkan asas dan hala tuju untuk KPM iaitu 'Pendidikan Untuk Semua'.

Kemudian MM sebut ringkas isu tulisan Jawi, internet laju dan sarapan pagi sebagai kontroversi yang terpaksa beliau hadapi.

Komen saya:

1. Para pendidik di sekolah atau IPT hanya maklum ada satu saja kertas 'hala tuju pendidikan' iaitu Malaysia Education Blueprint (MEB) 2013-2025 yang dibangunkan oleh sekumpulan pakar dan tokoh pendidikan dalam dan luar negara semasa Idris Jusoh jadi Menteri. Blueprint tersebut ada dua, satu untuk pra sekolah sehingga sekolah menengah dan satu untuk institusi pengajian tinggi. MEB pra sekolah sehingga sekolah menengah ada 11 lonjakan transformasi (11 shifts of transformation)

2. Untuk tempoh masa 20 bulan, MM telah melakukan banyak sumbangan yang cemerlang berbanding Menteri PH lain dan mungkin juga Menteri Pendidikan terdahulu. Cuma, systemic change yang beliau harapkan masih perlahan akibat kesan 'korupsi' sebelum ini seperti beliau sebut. Pandangan saya, jika benar ada korupsi serius dalam KPM seperti beliau sebutkan, laporkan kepada SPRM. Jika tidak ia hanya kekal sentimen dan persepsi yang boleh jadi alasan untuk tidak itu dan tidak ini.

3. Sebahagian besar pencapaian MM sebenarnya adalah kesinambungan MEB. MM lebih berjaya melaksanakan agenda transformasi pendidikan berbanding Menteri dahulu, mungkin juga kerana faktor masa ambil alih kuasa. Blueprint sebagai kerangka kerja yang merentasi politik kepartian amat penting untuk disepakati supaya hala tuju pendidikan kekal dan tidak dieksperimen seperti sebelum ini. Maka jika betul MM ada tetapkan hala tuju baharu KPM seperti kenyataan rasmi beliau, di manakah dokumen tersebut? Jika tiada, kemungkinan besar Menteri Pendidikan baharu nanti akan ubah pula hala tuju pendidikan negara.

4. Baik, mari kita petakan pencapaian MM berdasarkan MEB 2013-2025. Kejayaan MM berdasarkan 'hala tuju' Pendidikan Untuk Semua termasuklah MBK seperti anak tak sah taraf, anak OKU, anak warga asing, sekolah daif etc sebenarnya adalah termasuk dalam Lonjakan 1 (Shift 1) dalam MEB 2013-2025 tersebut iaitu 'equal access to quality education of international standard', ia turut menyentuh pemerkasaan STEM dan mewajibkan sekolah daripada tempoh persekolahan daripada 6 tahun kepada 11 tahun (sampai tingkatan 5)

5. Agenda perkasa bahasa Melayu sama ada tulisan Jawi, kempen membaca, keperluan bahasa Mandarin dan Inggeris termasuk dalam Lonjakan 2 iaitu 'to ensure every child is proficient in Bahasa Malaysia, English and additional language'. Di sini juga menyentuh keperluan lulus bahasa Melayu dalam SPM.

6. Pengurangan bebanan guru, memudahkan pertukaran guru etc adalah seperti dalam Lonjakan 4 iaitu' transforming teaching into profession of choice' antaranya 'focus teachers on their core functions of teaching..' Agenda lain termasuk meningkatkan kualiti guru melalui latihan kepakaran bidang, saringan kemasukan, kemajuan kerjaya etc.

7. Lonjakan 5, 6 dan 8 yang menyentuh kepimpinan sekolah, pemerkasaan PPD dan JPN serta sistem penyampaian KPM saya tak pasti sebanyak banyak mana berlaku, tetapi saya rasa memang berlaku. Cakap-cakap angin bahawa Guru Besar, Pengetua dan Pegawai yang naik sebab kroni sebelum ini banyak diganti oleh mereka yang lebih berwibawa (musuh pula tuduh yang naik kroni PH)

8. Agenda capaian internet laju ada dalam Lonjakan 7 iaitu 'leverage ICT to scale up quality learning across Malaysia'. Agenda ini tergendala d zaman PH kerana didakwa berlaku korupsi oleh kerajaan lama. Jika benar, siasat dan dakwa.

9. Agenda kerjasama ibu bapa, komuniti dan sektor swasta (PFI) yang MM sebut pula berada dalam Lonjakan 9, namun kita sedar bukan mudah untuk institusi swasta meneroka 'pelaburan' dalam pendidikan awam. Jika pendidikan swasta, memang ya.

10. Soal kualiti pelajar dan outcome based berada dalam Lonjakan 10 iaitu 'maximise student outcomes for every ringgit'.

11. Kad Laporan Tahunan KPM pula sejajar dengan Lonjakan 11 iaitu 'increase transparency for direct public accountability' termasuk 'publish an annual public report on the ministry’s current progress..'

12. Berdasarkan mapping ini, saya hanya nampak ada kelompongan utama pada Lonjakan 3 iaitu 'develop value driven Malaysian' merangkumi 'enhance Islamic and Moral Education with greater focus on unity and fostering stronger bonds among students..' Aspek ini masih gagal kerana sistem pendidikan nasional masih wujud bersama sistem alternatif seperti UEC, malah sekolah juga ada kebangsaan dan bukan kebangsaan. Tidak berlaku hal ini di mana-mana negara kecuali Malaysia! Islamophobia setempat juga turut menjejaskan keberhasilan Lonjakan 3 ini.

13. Jelas bahawa pencapaian MM sangat memuaskan biarpun ada kekangan kewangan, tempoh masa singkat, isu 'korupsi lama' serta kontroversi politik sana sini. MM masih mampu melaksanakan banyak agenda seperti disebut oleh beliau. Cuma saya sendiri tidaklah mengagumi MM sebagai pembuat dasar yang berwibawa tetapi sebagai 'pelaksana' yang cemerlang. Kita harus puji kerana MM masih teraju KPM selari dengan MEB 2013-2025 untuk peringkat sekolah biarpun kerajaan bertukar.

14. Namun, sebagai pensyarah universiti saya agak kecewa kerana tidak banyak yang beliau lakukan untuk IPT. MEB 2013-2025 untuk Pendidikan Tinggi ada 10 Lonjakan yang masih tak mendapat perhatian serius MM. Aspek pembangunan pelajar holistik menjangkaui CGPA semata-mata tidak diperkasakan biarpun i-CGPA hampir diperkenalkan sebelum PRU14 2018. Aspek keseimbangan Sains Kemanusiaan (sistem nilai etc) pada era IR 4.0 berbanding STEM sahaja juga masih samar, dan banyak lagi. Maka saya rasa wajar KPM dipisahkan menjadi dua kementerian semula supaya ada Menteri KPT.

15. Apapun, yang jelas adalah MM terpaksa letak jawatan bukan kerana isu kompetensi tetapi kerana isu persepsi dan sentimen politik. Isu retorik vs dialektik (akan tulis lepas ini). Hal ini terjadi kerana salah orang politik di Malaysia. Retorik memang menjadi senjata ampuh untuk bina persepsi dan sentimen bagi mengolah persetujuan massa. Contoh, retorik Tol Percuma di Simpang Renggam akhirnya makan diri menjadi 'Menteri Kasut Hitam', walhal ia cukup diumum oleh Pegawai PPD sahaja berbanding seorang Menteri KPM. Maka tic-for-tac.

16. Berdasarkan pencapaian MM untuk peringkat Pendidikan Rendah dan Menengah, saya lihat beliau berjaya menyentuh 10 daripada 11 Lonjakan Transformasi Pendidikan Malaysia. Namun untuk peringkat Pengajian Tinggi, pada pandangan saya MM hanya menyentuh 3 daripada 10 Lonjakan sahaja, itu pun masih secara 'layang'-layang'. Lonjakan tersebut adalah 'quality TVET graduates' (Shift 4), 'empowered governance' (Shift 6) dan 'transformed higher education delivery' (Shift 10).

Oleh itu, pada penilaian anda, adakah tindakan MM meletak jawatan Menteri KPM memang wajar?

Kongsikan pandangan di ruang komen.

M.A. Zabidi
2 Januari 2020.
Bayan Lepas

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo