DR Maszlee Malik mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan, berkuat kuasa esok.
Dr Maszlee membuat pengumuman itu pada sidang media di Putrajaya, petang tadi.
Beliau yang juga bekas pensyarah dilantik Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir untuk memegang portfolio Kementerian Pendidikan pada 21 Mei 2018.
Beliau juga adalah Ahli Parlimen Simpang Renggam dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
No comments
Post a Comment