Baru-baru ini Dong Jiao Zong mengeluarkan kenyataan bahawa mereka membantah tulisan jawi kerana bimbangkan Islamisasi. Ini respon sentap pendakwah mualaf terkenal Firdaus Wong Wai Hung yang juga merupakan anak didik Dr Zakir Naik.
Petikan dari sumber The Malaysian Insight;
KEBIMBANGAN terhadap Islamisasi adalah sebab mengapa Dong Jiao Zong menentang pengajaran tulisan khat Jawi di sekolah, kata jurucakap kumpulan itu.
Ng Chai Heng berkata beliau mendengar cerita bagaimana pelajar bukan Islam memeluk agama itu secara rahsia.
Ini respon Firdaus Wong Wai Hung menerusi Facebooknya:
Saya faham kerisauan Dong Jiao Zong yahg takutkan Islamisasi. Allah Subhana Wa Ta’ala berfirman;
“Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda (tuhan-tuhan) yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling LEMAH ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.”
(Al-‘Ankabuut 29:41)
Ya, menurut Al-Quran apa yang dijadikan sembahan selain dari Allah (Tuhan Pencipta Alam Semesta) adalah lemah.
Takut kepada Islamisasi seperti Islamophobia. Bagaimana sebuah masyarakat yang dilahirkan, membesar dan membina kekayaan di Malaysia yang majoriti Muslim boleh takutkan Islam? Apakah mereka ditindas, dibunuh, tidak dibenarkan mengamalkan agama mereka serta membina rumah ibadah sedangkan banyak rumah ibadah haram dibina merata sebagaimana kata Tun Mahathir!
Hebatnya pengaruh Islam apabila 3 mukasurat pembelajaran Jawi boleh menyebabkan Dong Jiao Zong takut kepada Islamisasi!
Cuma saya ingin memperbetulkan ketakutan Dong Jiao Zong yang mengaitkan Jawi dengan Islamisasi. Sebenarnya mereka perlu lebih takut dengan bahasa Cina kerana kami berdakwah kepada masyarakat Cina dengan bahasa Cina bukannya Jawi.
Jikalau menggunakan logik mereka (tolak Jawi kerana takut Islamisasi), maka mungkin DJZ perlu pertimbangkan menolak pengajaran bahasa Cina di sekolah vernakular atau dihapuskan terus sekolah vernakular kerana lebih ramai Cina memeluk Islam dengan membaca terjemahan Al-Quran dan risalah serta ceramah berkaitan Islam dalam bahasa Cina!
Ceramah saya berkaitan Islam dalam dialek Kantonis;
1. Apa Itu Islam > https://youtu.be/YA_OjnEIbFI
2. Wujudkan Tuhan? > https://youtu.be/r6J-iiJwYsc
3. Tiga Persoalan Hidup > https://youtu.be/WKrRhhzIbLw
4. Mencari Tuhan? > https://youtu.be/r1uy3Caby0k
5. Masuk Islam Masuk Melayu? > https://youtu.be/NJ9LN1Aa46U
6. Wawancara bersama Sin Chew dalam Mandarin > https://www.youtube.com/playlist…
Sama-sama kita mendoakan agar mereka yang belum Islam di Malaysia khususnya mendapat hidayah daripada Allah. Aminkan.
No comments
Post a Comment