NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Uighur, #KlSummit2019 Dan Baitulmaqdis


UIGHUR, KL SUMMIT DAN BAITULMAQDIS

oleh: Alang Ibn Shukrimun
21 Rabiul Akhir 1441
19 Disember 2019

Secara tak sedar, umat Islam ralit dengan agenda media massa. Isu yang kita respons adalah berdasarkan isu-isu yang dibawa oleh media propaganda barat.

Masa barat lancar agenda arab-spring, ditabur berita kekejaman kerajaan Syria. Kita sambut dengan mengutuk syiah.

Masa barat lancar trade war dengan china, ditabur berita kekejaman etnik Uighur. Kita sambut dengan mengutuk China.

Tanpa menafikan kekejaman yang berlaku, secara tidak sedar, sambutan yang diberikan oleh kita juga sedang menjayakan propaganda barat.

Dalam waktu yang sama, kekejaman zionis yang disokong oleh barat di Palestin semakin sunyi dari atmosfera umat Islam dunia. Tak lain tak bukan, kerana media tidak mensensasikan berita ini kepada kita.

Sampai bila kita nak mengikut rentak kuasa besar?

KL Summit secara objektifnya adalah bagi menyatukan kekuatan negara Islam dalam menyelesaikan semua masalah yang dihadapi. Selagi kita bergantung dengan kuasa besar sama timur atau barat, kita tidak ada kekuatan untuk membela nasib umat sendiri.

Jadi, usaha KL Summit harus disokong tanpa mengira latarbelakang politik. Bila umat Islam mampu hidup berdikari dari sudut politik, ekonomi, media dan ketenteraan, pastinya kuasa besar tidak akan ambil mudah lagi suara kita.

Saya hidangkan beberapa foto terbaru kedajalan zionis di Palestin supaya kita sedar, betapa banyaknya kekejaman yang jauh lebih dahsyat terhadap umat Islam daripada tempat lain seluruh dunia, tetapi disembunyikan oleh media yang kita semua tahu, dikelolakan oleh proksi pro-barat/zionis.

Sedarlah, musuh utama umat Islam sebagaimana yang direkodkan di dalam al-Quran adalah zionis hari ini. Justeru apa-apa propaganda yang datang daripada pihak yang menpunyai kaitan dengan zionis, maka berwaspadalah. Jangan telan bulat-bulat.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo