oleh: Dr Kamarul
Dong Jiao Zong dalam kenyataan medianya semalam menyebut lebih daripada 900 buah SJKC telah menandatangani tidak setuju terhadap pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi di SJKC manakala masih ada beberapa negeri sedang menjalankan kempen tandatangan ini.
Bandingkan kenyataan Dong Jiao Zong ini dengan pengumuman bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Ogos 2019 memutuskan pengajaran dan pembelajaran tulisan ini adalah secara pilihan, iaitu ia dilaksanakan hanya jika dipersetujui oleh PIBG serta ibu bapa dan murid.
Bila lebih daripada 900 buah SJKC tidak setuju terhadapnya maka isu ini sepatutnya berakhir di situ kerana bila tidak setuju maka semua sekolah itu tidak perlu melaksanakannya.
Soalan yang timbul ialah mengapa perkara ini terus dijadikan isu besar hingga mahu diadakan kongres dan mahu memaksa kerajaan membatalkannya bila tanpa pembatalan pun ia sudah tidak perlu dilaksanakan?
Kenyataan media ini membuktikan Dong Jiao Ziong adalah pengacau yang sengaja mahu menimbulkan masalah dan mencetuskan kekacauan di dalam masyarakat berbilang kaum.
Jika Dong Jiao Zong jujur, ia sepatutnya menghormati hak setiap SJKC untuk membuat pilihan bukannya menggerakkan kempen tandatangan khas di kalangan SJKC di seluruh negara untuk menentangnya.
Tidak hairanlah bila ramai yang berpendirian bahawa atas sifat anti nasionalnya ini maka Dong Zong dan Jiao Zong ini tidak perlu dilayan malah perlu diharamkan kerana aktivitinya yang dilihat memudaratkan.
Seperti yang ditanyakan oleh kolumnis Tok Perak dalam Sinar Harian semalam: Siapa berkuasa, kerajaan atau Dong Zong?
Sumber: https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/2918050048239034
Anwar fails to live up to promise and potential
2 hours ago
No comments
Post a Comment