PILIHANRAYA PBT : Apa Yang Perlu Anda Faham
" DAP yang mendukung kuat Pilihan Raya PBT hanya mengambil kira kaum Cina yang mengundinya sahaja, tanpa mengambil kira kaum dan pihak lain yang menjadi nadi dan urat saraf dalam menghidupkan bandar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang wajib dijaga segala hubungan dan sensitivitinya.
Adapun PKR dan PAN pula tidak berbangsa dan ada yang punya kebangsaannya, tetapi tanpa jiwa atau tidak berjantungkan agama. Kaumnya tidak berjiwa bangsa dan agama. Bangsa dan agamanya laksana jenama yang ditampal pada botol majun penguat nafsu yang menjadi syarat rukun hidup masyarakat Melayu dahulu kala dan Melayu kini yang dikatakan mudah lupa."
Jika kita bandingkan dengan negara yang amalkan pilihanraya peringkat kerajaan tempatan, malah ia lebih kerap berbanding peringkat kebangsaan. Contohnya di United Kingdom (UK), tetapi di sana tiada pilihanraya peringkat negeri. *UK unik kerana ia gabungan negara-negara seperti England, Wales, Scotland dan lain-lain. Ada pilihanraya peringkat kebangsaan tetapi tiada peringkat negeri.
Berbeza dengan Malaysia. Kita dah ada pilihanraya peringkat Persekutuan dan juga negeri. Jadi tiada keperluan untuk pilihanraya yang lebih kecil lagi (kerajaan tempatan).
No comments
Post a Comment