NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pilihan Raya Kerajaan Tempatan: Agenda Dap Untuk Memerintah Kuala Lumpur?

oleh: Dr Kamarul

Tiada yang mengejutkan pun dalam resolusi Konvensyen DAP Kuala Lumpur pada 8 Disember 2019 yang menegaskan semula tuntutan untuk mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan.

Ingat balik apa yang disebut oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dalam Konvensyen DAP Kuala Lumpur pada 2 November 2014, iaitu:
“We promise that there will be a state government for Wilayah Persekutuan, especially Kuala Lumpur. Kita akan balik kepada demokrasi, kita akan benarkan satu kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat memerintah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur”.

Ingat balik juga apa yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan melalui Formula 4-4-3-3 antara BERSATU, PKR, DAP dan AMANAH pada PRU 14 lalu, iaitu:

“Jika Pakatan Harapan menang di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Sarawak, maka parti yang akan mengetuai tiga negeri ini adalah DAP”.

Pakatan Harapan memang menang di Wilayah Persekutuan, khususnya Kuala Lumpur, tetapi DAP masih teraba-raba untuk mencari jalan mengetuainya.

Hanya dengan pengembalian pilihan raya kerajaan tempatan barulah DAP akan berpeluang untuk memerintah Kuala Lumpur.

Sebab itulah juga jika dilihat senarai usul persendirian sejak Parlimen bersidang akan sentiasa ada usul Ahli Parlimen DAP Bukit Bintang, Fong Kui Lun, yang mahukan “Kerajaan memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan seluruh negara”.

Hanya satu saja masalah besar dalam usaha DAP ini, iaitu Mahkamah Persekutuan telah memutuskan pada 14 Ogos 2014 bahawa Seksyen 10 dan Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang menghalang pilihan raya kerajaan tempatan dari diadakan adalah selaras dengan Perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan.

Untuk membolehkan pilihan raya kerajaan tempatan diadakan maka Seksyen 10 dan Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 ini perlu terlebih dulu dipinda, dan mungkin DAP berharap Tan Sri Tommy Thomas, yang mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam kes tuntutan supaya pilihan raya kerajaan tempatan dibolehkan, akan membantunya.

Dalam usul persendirian Fong Kui Lun, ada dinyatakan bahawa langkah pertama yang perlu dilakukan bagi memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan adalah “membuat kajian serius dan melakukan pungutan suara antara rakyat”, soalnya ialah jika pungutan suara ini dilakukan apakah rakyat mahu pilihan raya kerajaan tempatan dilaksanakan?

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo