NOTIS:
Mengejutkan: Kaji Selidik Badan Milik Pengerusi Biro Dasar Dan Strategi Bersatu Tunjukkan Hanya 24% Rakyat Malaysia Berpendapat Kerajaan PH Berdaya Maju (Viable)
oleh: Dr. Kamarul
Mengejutkan bila satu kaji selidik yang dijalankan oleh Emir Research yang Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya adalah Datuk Wira Dr Rais Hussin Mohamed Ariff, Pengerusi Biro Dasar Dan Strategi BERSATU, menunjukkan bahawa:
(1) Hanya 24% rakyat Malaysia berpendapat kerajaan PH berdaya maju (viable), 30% rakyat Malaysia berpendapat kerajaan PH tidak berdaya maju (not viable) dan 46% tidak pasti sama ada kerajaan PH berdaya maju (viable) atau tidak (not viable).
(2) Hanya 26% rakyat Malaysia berpendapat ekonomi negara berada pada kedudukan yang kukuh, 30% rakyat Malaysia berpendapat ekonomi negara tidak berada pada kedudukan yang kukuh dan 44% tidak pasti sama ada ekonomi negara berada pada kedudukan yang kukuh atau tidak.
(3) Hanya 26% rakyat Malaysia berpendapat masa depan negara berada pada trek yang betul, 24% rakyat Malaysia berpendapat masa depan negara tidak berada pada trek yang betul dan 50% tidak pasti sama ada masa depan negara berada pada trek yang betul atau tidak.
Memetik kata-kata Assistant Professor Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar: “Gabungan mereka yang berpendapat kerajaan PH tidak berdaya maju (not viable) atau tidak pasti sama ada kerajaan PH berdaya maju (viable) atau tidak (not viable) adalah 81% untuk Melayu, 78% untuk India dan 63% untuk Cina”.
Lebih mengejutkan bila kaji selidik ini adalah diketuai oleh tiga orang pensyarah dari sebuah universiti awam tempatan, UIA, iaitu:
(1) Professor Dr Mohamad Sahari Nordin dari Kulliyyah of Education.
(2) Assistant Professor Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar dari Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences.
(3) Assistant Professor Dr Margarita Peredaryenko (isteri Datuk Wira Dr Rais Hussin Mohamed Ariff) dari Kulliyyah of Economics and Management Sciences.
Kaji selidik ini adalah membabitkan 1,992 responden dan dijalankan pada 5 September ke 10 Oktober 2019 dengan menggunakan 25 enumerator.
Maklumat lanjut boleh baca di pautan ini: https://www.themalaysianinsight.com/s/201497
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment