NOTIS:
Kelantan bangun ekonomi digital
oleh Muhammad Arif Ismail | Foto Tuan Arjuna Beta
KOTA BHARU: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui anak syarikatnya Kelantan ICT Gateway (KIGSB) mengorak langkah membangun ekonomi digital.
Ketua Eksekutifnya, Ab Aziz Yunus berkata, satu platform aplikasi mobile ‘KALA Shop‘ serta penggunaan tanpa tunai (cashless) dalam kalangan masyarakat bakal dibangunkan.
“Kita sedar perkembangan pesat industri ini serta potensi untuk berkembang di Kelantan khususnya sangat cerah.
“Hal ini terbukti dengan peningkatan ekonomi digital negara, secara purata sebanyak 9 peratus setahun bermula 2010 hingga 2016 dan lebih pantas dari pertumbuhan KDNK,” katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KIGSB dan Symphonet Sdn Bhd di PKINK hari ini.
Turut hadir Pengarah KIGSB Dato’ Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan Mohd Rusli Abdullah serta Ketua Pegawai Eksekutif Symphonet Dato’ Baharum Salleh. – HARAKAHDAILY 11/12/2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment