NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keji! Iklan ‘sugar daddy’ nak lariskan maksiat




BANGI, 21 Rabiulakhir 1441H, Rabu – Iklan kontroversi memaparkan gambar seorang gadis muda memegang erat seorang lelaki berusia bukan isu agama Islam sebaliknya isu keruntuhan moral dan akhlak, tegas Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.

Beliau yang juga Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) berkata, perkara ini menampakkan sikat hipokrit golongan pejuang hak asasi manusia dan liberal yang sentiasa mencari ruang menyerang Islam, tetapi menjadi 'syaitan bisu' apabila isu sebegini timbul dalam masyarakat.

"Justeru, saya berharap pihak berkuasa melakukan tindakan proaktif dalam menangani iklan seperti ini. Ya, mungkin mereka akan menafikan ini bukan pelacuran tetapi seperti 'match making'. Istilah Bahasa Inggeris yang bombastik digunakan bagi melariskan maksiat.

"Apabila syarat menjadi sugar daddy mestilah 'fully loaded' maksudnya kewangan yang stabil untuk membiayai sugar baby yang mahukan kehidupan mewah, dan kedua-dua individu boleh dipertemukan dan bersama, andai bersetuju kepada terma dan syarat secara bersama.

"Maka, apakah beza dengan pelacuran di mana pelanggan bersetuju membayar sekian jumlah untuk mendapatkan pulangan seksual manakala pelacur mendapat pulangan wang atas khidmat seks yang ditawarkan?," soalnya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, tular di media sosial, iklan perkhidmatan janji temu 'sugar daddy' menerusi papan iklan elektronik, di Bangsar dan Bukit Kiara. Difahamkan iklan itu mula operasi sejak 3 Disember lalu.

Iklan berkenaan memaparkan wanita muda memeluk bahu seorang lelaki berusia dipercayai bagi mengiklankan aplikasi 'Sugarbook' yang boleh didapati di Google Play.

Berdasarkan Facebook rasmi Sugarbook, pihaknya menawarkan hadiah keahlian premium secara percuma kepada pengikut Facebook yang bertuah.

Menerusi status di Facebook itu, pengguna hanya perlu mengambil gambar atau video papan iklan elektronik tersebut, kemudian tag pada Facebook dan Instagram Sugarbook, dan seterusnya hantaran itu perlu dikongsi di dinding Facebook dan Instagram masing-masing.

Bagaimanapun, iklan berkenaan mendapat kecaman netizen kerana perkhidmatan yang ditawarkan melampaui batas.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo