NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jawi: Kain rentang bantahan mula digantung depan sekolah Cina




BANGI, 22 Rabiulakhir 1441H, Khamis – Gerakan Pengundi Sedar (GPS) menyelar tindakan pihak tertentu menggantung kain rentang membantah pembelajaran tulisan Jawi di hadapan beberapa sekolah vernakular dipercayai sekitar ibu negara.

Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan GPS, semua kain rentang yang digantung di pagar dan tembok sekolah itu menyatakan 'tidak setuju tulisan Jawi diterapkan dalam mata pelajaran teras SJK (C)'.

Tidak pasti sama ada ia digantung pengurusan sekolah atau pihak lain, GPS mendakwa, tindakan itu sememangnya angkara hasutan kumpulan pendesak Cina, Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang didukung parti-parti politik Cina.

"Kita mendapat khabar yang kain rentang membantah pembelajaran tulisan Jawi sebanyak tiga muka surat (sekali seumur hidup) telah mula digantung di kawasan sekolah-sekolah Cina sekitar Kuala Lumpur.

"Kita tidak pasti ini digantung oleh pihak sekolah atau pihak lain. Yang pasti, ini adalah angkara hasutan Dong Zong yang didukung oleh parti-parti politik cina (kerajaan dan pembangkang)," katanya dalam kenyataan, semalam.

Sebelum ini, KPM telah memuktamadkan kandungan pelajaran tiga halaman tulisan jawi yang hanya memberi tumpuan terhadap teks pada lambang negara, ringgit Malaysia dan setem.

Secara keseluruhannya, terdapat empat teks jawi yang berbunyi: 'Bersekutu Bertambah Mutu' dalam jata negara, 'Bank Negara Malaysia' dan 'Ringgit Malaysia' pada nota ringgit serta 'Malaysia' pada setem.

Namun, Dong Zong dilihat memberikan reaksi melampau dalam menentangnya sehingga merancang untuk mengheret kerajaan ke mahkamah mengenai pembelajaran itu.

Kumpulan pendesak Cina itu juga dilaporkan akan mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember untuk membantah pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Selain mengajak semua pertubuhan Cina menghadiri persidangan itu, pertubuhan rasis itu turut meminta lembaga pengelola dan PIBG sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) untuk memulangkan garis panduan pelajaran tulisan Jawi kepada kementerian sebagai tanda bantahan.

Susulan tindakan itu, GPS masih meneruskan petisyen menggesa kerajaan mengharamkan Dong Zong, selepas dilancarkan kali pertama pada bulan Ogos lalu.

Setakat pukul 8 malam ini, petisyen yang dilancarkan di platform change.org itu sudah memperoleh 212,756 tandatangan.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/12/19/jawi-kain-rentang-bantahan-mula-digantung-depan-sekolah-cina/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo