BANGI, 7 Rabiulakhir 1441H, Rabu – Tindakan pemimpin parti paling dominan dalam kerajaan, DAP, Ronnie Liu hadir ke perjumpaan bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) Ahad lalu, ibarat merobek kembali luka berdarah dalam kalangan orang Melayu.
Naib Ketua Pemuda Berjasa, Mohd Azriq Rosman berkata, kehadiran ADUN Sungai Pelek seolah-olah merestui dan mungkin menyokong perjuangan komunis secara diam-diam.
"Semua maklum, satu ketika dulu negara pernah diancam komunis yang membunuh, membakar malahan menyeksa orang Melayu dengan sangat kejam.
"Tidakkah tindakan Ronnie Lui itu ibarat merobek kembali peritiwa hitam dalam kalangan kita," soalnya seperti dilapor laman web Berjasa, hari ini.
Terdahulu, kira-kira 300 orang telah menghadiri perhimpunan bekas anggota PKM di sebuah kolej swasta di Kajang, Ahad lalu.
Perhimpunan itu kononnya untuk memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.
Mengulas lanjut, Azriq mendakwa, tiada siapa dapat mengesahkan majlis berkenaan tidak menyebarkan fahaman komunis.
"Siapa yang boleh sahkan yang majlis itu tidak menyebarkan fahaman komunis? Bahkan, polis pun tidak mengetahui mengenai perhimpunan itu.
"Jadi kita minta pihak berkuasa sekat segera fahaman komunis supaya tidak berlaku lagi majlis seumpama ini," katanya.
PARLIMEN | Putrajaya sedang berusaha membuat pindaan undang-undang yang akan memaksa penyedia platform media sosial mendedahkan data penggu...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment