NOTIS:
Modus “Bumi Hangus” Agenda LGE Dan Dap Untuk Bangsa Melayu Islam?
oleh: AMBO
ASSALAMUALAIKUM WBT
4 RABIULAWAL 1441H
Oleh : Bicara AMBO
AMBO pernah menulis sebelum ini berkaitan Strategi “Bumi Hangus” dan banyak disebut dalam beberapa sejarah dan penulisan buku-buku strategi peperangan.Ia paling terkenal apabila digunakan oleh Joseph Stalin terhadap Tentera Jerman semasa Perang Dunia Kedua, oleh Lord Kitchener terhadap Boers, dan oleh tentera Rusia semasa pencerobohan Napoleon yang gagal terhadap Rusia.
Kali ini kebetulan AMBO baru sahaja selesai menghabiskan sebuah buku karangan Edwerd Kyle 1963 seorang peranakan campuran Belanda dan Potugis yang meneliti tuntas sebuah perancangan dan perencanaan formula politik dalam berdepan musuh dan senario pertempuran percaturan dan perang psikologi.
Ianya masih releven sehingga kini apabila apa yang berlaku di Malaysia mirip dengan setiap perancangan “Bumi Hangus”.Dalam keadaan sekarang pelbagai krisis dan keberantakan yang kita lihat berlaku dalam negara.Apakah kita hari ini berdepan dengan corak pemerintahan ala ”Bumi Hangus” yang akhirnya bakal merugikan Umat Islam dan Bangsa Melayu Bumiputera Malaysia.
Istilah “Bumi Hangus” secara ringkasnya merupakan satu strategi ketenteraan di mana semua aset yang digunakan atau boleh digunakan oleh musuh disasarkan, seperti sumber makanan, pengangkutan, komunikasi, sumber industri, dan juga orang awam di kawasan itu akan dimusnahkan dan dilemahkan atau dipastikan tidak memberikan manfaat kepada musuh mereka selepas mereka meninggalkan kawasan tersebut.
Lihat sahaja hari ini segala bentuk kekuatan dan aset utama orang Islam Melayu dijual dan dijarah oleh Kerajaan DAP-PH seperti Tabung Haji dan Khazanah juga Sime Darby.Segala institusi orang Islam Melayu difokuskan untuk dilemahkan dan diranapkan.
Siapa peneroka? Sudah pasti 95% Melayu Islam dan harga Sawit dan Getah di ranapkan ke peringkat terendah untuk memastikan ekonomi orang Islam Melayu jatuh dan hancur.
Siapa petani dan nelayan? Sudah pasti lebih 80% melayu dan lihat sahaja bantuan dan subsidi untuk mereka menjalankan kerja-kerja menangkap hasil laut di tarik dan mewujudkan corak perniagaan “Orang Tengah” untuk menekan nelayan dengan hasil yang murah seterusnya memastikan majoriti melayu islam ini miskin dan merempat.
Siapa Tentera dan Bekas Tentera? Sudah pasti lebih 90% Islam Melayu dan lihat bagaimana segala aset dibawah LTAT dijual untuk dikuasai oleh bangsa asing dan kaum cina dan pembahagian dividen yang terendah dalam sejarah untuk memastikan tentera dan bekas tentera yang majoritinya Islam Melayu terkesan dari tindakan ini.
AMBO tak mahu senaraikan semua sebab terlalu banyak dan kerap dikongsikan oleh rakan-rakan lain.Tetapi apa yang AMBO mahu jelaskan ialah DAP mengetahui mereka berdepan masalah dengan kepercayaan dan sokongan dari kalangan Islam Melayu mutakhir ini dan mereka maklum bahawa mereka tidak mampu mengekalkan kerajaan mereka hari ini untuk penggal depan.
Justeru itu, formula dan strategi “Bumi Hangus” sedang mereka jalankan dan laksanakan.Mereka akan meninggalkan Malaysia dengan pelbagai masalah.Hutang negara bertambah.Ekonomi jatuh merudum.Jumlah kemiskinan meningkat dan rakyat yang hilang kerja makin ramai.Kuasa beli rakyat lemah dan institusi kewangan Islam Melayu telah disabotaj.Ini semua dilakukan dengan teliti hari ini oleh Kerajaan DAP-PH agar sesiapa sahaja yang memerintah selepas mereka akan gagal dan berdepan zaman sukar untuk mengembalikan kestabilan negara dalam pelbagai aspek.Ekonomi sukar dipulihkan kerana segala aset telah dijual kepada bangsa asing dan kaum mereka.Rakyat akan marah dan tidak yakin dengan kerajaan baru ketika itu.Rakyat akan merasa lebih susah selepas mereka(DAP) kalah PRU15 nanti.Ketika itu kerajaan baru akan menerima tekanan dari kemarahan rakyat dan seterusnya akan menghuru-harakan negara dengan bantahan dan kebangkitan rakyat yang berang dari kegagalan kerajaan baru.
Itu semua dirancang hari ini untuk memusnahkan Malaysia.Ini semua sedang dilaksanakan oleh Bangsa DAP untuk menjadikan Malaysia seperti Palestin dan Iraq.Jangan kita kata tak mungkin berlaku kerana lihat sahaja sejarah negara-negara tersebut.Bagaimana Amerika dan sekutunya merencanakan pemusnahan Iraq pada tahun 2003 bermula Perang Teluk sehingga setiap hasil dalam negara itu menjadi milik orang asing dan rakyat sehingga kini masih merempat dari kesilapan terpedaya dengan propaganda US dan musuh-musuh Presiden Saddam Hussin.Iraq masih gagal bangun dan dibangunkan kerana segala aset penting dalam Iraq telah berpindah tangan kepada bangsa asing dan pelobi-pelobi Amerika Syarikat.
Saddam dituduh sebagai perompak dan pemerintah yang membolot harta negara walhal ketika itu rakyat Iraq hidup senang dan mewah. Iraq ketika itu antara negara yang mempunyai ekonomi yang kukuh kerana Dinar Iraq disandarkan dengan Pound Sterling British.Iraq merupakan sebuah negara kuasa besar yang tidak tunduk kepada kuasa Amerika.Iraq merupakan sebuah negara yang menjadi sandaran kepada negara-negara sekelilingnya berdepan kuasa-kuasa besar lain.
“Bumi Hangus” yang dilaksanakan oleh US dan sekutunya terhadap Iraq berjaya menjadikan Iraq hari ini sebuah negara yang tidak lagi mampu bangkit dan dibangunkan.Samalah seperti kita di Malaysia apabila segala aset orang melayu dan negara sedang dijual dan dipindah milik kepada bangsa asing dan orang luar.Apakah itu pun kita tak nampak.Mungkin hari ini kita tidak merasa kesannya terapi ianya bakal memberikan kesan kepada generasi anak dan cucu kita nanti yang akan hidup dinegara tanah tumpah sendiri tapi merempat dan tak berharta.
Sebolehnya DAP akan menjual segala bentuk harta dan aset milik orang melayu supaya walau mereka tewas dan jatuh sebagai kerajaan selepas ini , bangsa melayu tetap akan binasa dan hancur.Ekonomi akan dikawal oleh kaum mereka.Bekalan makanan akan dikuasai kaum mereka.Tanah dan segala bentuk rumah atau bangunan dimiliki kaum mereka.Melayu yang mahu makan harus membeli dari mereka.Melayu yang mahukan rumah harus menyewa dari mereka.Melayu yang mahu bekerja harus menjadi kuli dan hamba abdi mereka.Ketika itu jadilah kita Melayu Singapore yang telah hilang segala maruah dan harta.
Fikirkanlah wahai Bangsa Ku..Kita sedang menggadai maruah dan masa depan kita kepada sebuah bangsa yang amat jahat dan kejam.Mereka merancang dan merencanakan perancangan ini telah lama sehinggalah mereka mendapat kuasa dari tangan-tangan sial yang terpedaya dengan janji manis dan propaganda fitnah berterusan.Hari ini kita semua sedang merasa kesannya.Masih tak terlambat untuk bertaubat dan membetulkan kesilapan lepas.Hari ini kita bukan berbicara soal politik kepartian lagi tetapi kita harus melihat ianya sebagai jihad kita sebagai orang Islam dan Bangsa Melayu Bumiputera yang harus pertahankan maruah bangsa dan agama dengan apa cara sekali pun.Kita kembalikan sebuah kerajaan Bangsa Melayu Islam dan pastikan segala kepentingan kita bumiputera tidak dibawa keluar oleh bangsa asing dan kaum mereka.
Ini jihad kita..Ini ikrar kita untuk pastikan Bangsa DAP di halau keluar dari negara ini dan kita harus tolak ideologi komunis yang sedang mereka kembalikan didalam negara kita.Bagaimana kita membaca berapa kejam komunis zaman datuk nenek kita dulu, begitu jugalah Bangsa DAP yang ada hari ini kerana roh komunis masih hidup dan kuat dalam ideologi setiap pemimpin DAP yang ada di Malaysia kini.
#bubarparlimen
#tolakDAPtolakKOMUNIS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment