NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lebih 2,000 komik DAP dirampas




SERDANG, 6 Rabiulawal 1441H, Ahad – Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini merampas lebih 2,000 naskah komik kontroversi 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama'.

"Lebih 2,000 naskah telah dirampas, namun jumlah tepat tidak dipastikan," kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada sidang media selepas menghadiri Hari Keluarga KDN di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya jumlah keseluruhan komik propaganda itu yang telah dirampas KDN sehingga kini.

KDN sebelum ini mewartakan perintah larangan terhadap komik 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' termasuk versi bahasa Inggeris dan Cina, yang dipercayai antara lain cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme. -Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo