oleh: Prof Jefry Sulung
Orang lama Tanjung Piai
Orang lama Tanjung Piai
JIKA Karmaine Sardini menang PRK, Tanjung Piai akan lebih makmur, kata Lim Kit Siang.
Penasihat DAP itu mahukan Bersatu menang untuk PRK Tanjung Piai bukan kerana kemakmuran rakyat, tetapi atas dasar manfaat dan survival parti cauvinis DAP itu sendiri.
Jika nasib Melayu Pulau Pinang pun tidak terbela, adakah boleh dipercayai kata-kata Kit Siang yang mahukan manfaat rakyat Tanjung Piai jika PH menang kali ini?
Harus diingatkan, secara demografinya lebih 50 peratus penduduk orang Tanjung Piai adalah orang Melayu. Johor bukanlah lubuk meraih undi orang bukan Melayu. Jadi tidak hairanlah sekiranya DAP "menunggang" calon Melayu Bersatu untuk mengukuhkan kuasa mereka di luar kawasan Cina.
ADUN Pekan Nenas (Yeo Tung Siong) memberitahu saya, jika Karmaine menang, mereka boleh bekerja bersama-sama untuk membangunkan Tanjung Piai dan Pekan Nenas. Ini satu kombinasi yang bagus – Lim Kit Siang
Sekiranya ADUN Pekan Nenas telus dan amanah hendak membangunkan rakyat Johor, bukankan tindakan tersebut boleh sahaja dilakukan dengan mana-mana wakil rakyat yang dipilih. Asalkan calon yang menang dipilih oleh rakyat, tidak kiralah warna apa parti calon tersebut sertai.
Mentaliti favouritism seperti Lim Kit Siang dipamerkan seolah-olah berlaku kesepakatan antara parti dalam Pakatan Harapan.
Tetapi realitinya DAP hanya berminat untuk menjaga lubuk kuasa mereka sahaja di negeri Johor dan kesempatan itu, boleh dilakukan melihatkan kepada potensi Bersatu untuk "ditunggang" oleh parti cauvinis itu.
Pengundi Tanjung Piai yang memberi undi kepada calon Bersatu hanya membuang undi mereka kepada parti rasis cauvinis DAP!
Pakatan mereka tidak akan memberi manfaat langsung kepada orang Melayu Tanjung Piai!
No comments
Post a Comment