NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Jangan biar royalti jadi mimpi'


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan perlu memainkan peranan dalam memastikan impian untuk kembalikan royalti minyak bukanlah hanya tinggal mimpi sahaja.

Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Rusdi Omar berkata, tidak salah jika kerajaan negeri mengambil langkah ‘berbaik’ dengan kerajaan Persekutuan asalkan kebajikan rakyat ini terbela.

“Kena berbaik-baik dengan kerajaan pusat untuk dapat royalti ini.

"Bila bercakap depan media, janganlah angkuh dan sombong. 10 lagi kawasan minyak yang masih belum lagi diselesaikan oleh kerajaan negeri dan Pusat perlu diselesaikan secara berhemah.

"Tengok macam mana kerajaan Terengganu berbincang dengan kerajaan Pusat. Kurangkan ego,” katanya kepada Sinar Harian di sini .

Menurutnya, satu perbincangan secara harmoni dan bijaksana antara kedua-dua kerajaan negeri dan pusat perlu dilakukan dan akan ada penyelesaiannya nanti.

Beliau turut mempersoalkan kenapa royalti Kelantan tidak boleh diselesaikan dengan baik dan kerajaan pusat tidak perlu mengamalkan diskriminasi dalam isu ini, cuma mungkin ada masalah teknikal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Sikap pemimpin-pemimpin Kelantan terutama ahli Parlimen dan Exco kerajaan negeri mereka kena bijak bila berurusan dengan kerajaan pusat.

"Jangan tunjukkan sangat kita pandai serba serbi nanti melepas,” katanya.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo