NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Agong Sokong Penggabungan UniSZA, UMT


SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyokong penggabungan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik melalui status Facebooknya hari ini memaklumkan Al-Sultan Abdullah menitahkan kerajaan meneruskan usaha baik penggabungan dua universiti itu.

“Ketika pertemuan antara rombongan KPM (Kementerian Pendidikan) yang terdiri daripada saya, KSU dan KPPT bersama Yang di-Pertuan Agong semalam, baginda telah menitahkan agar penggabungan UMT dan UniSZA diteruskan serta dipercepat prosesnya.

“Baginda melihat gabungan dua universiti ini sebagai salah satu langkah agar Malaysia melahirkan lebih banyak universiti bertaraf antarabangsa.

“Patik menjunjung kasih atas kesudian Tuanku bercemar duli bertemu dan membincangkan isu-isu pendidikan negara. Kita akan lakukan yang terbaik demi anak-anak dan tanah air kita, Malaysia,” katanya.

Kerajaan secara prinsip bersetuju penggabungan itu pada September dan usaha itu akan meningkatkan lagi fungsi kedua-dua universiti terbabit sejajar dengan pelan pembangunan pendidikan tinggi.

Laporan mengenai penggabungan itu akan lengkap dalam tempoh enam bulan dan nama baharu universiti hasil gabungan tersebut hanya akan ditentukan selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo