#RefleksidariSurahMaryam
Bismillahirrahmanirrahim
Bagaikan terasa Maryam benar-benar ada di depan mata, hamil lalu ditohmah orang. Sedangkan beliau wanita yang baik dan suci. Tetapi tatkala Allah memilih beliau menerima taqdir mengandung tanpa suami, itu satu ujian yang maha besar. Maha berat bagi sesiapa jua pun!
Mana mahu diletak muka?
Malunya!
Pelbagai tohmah keji dilempar orang.
Manusia mana yang percaya seorang gadis boleh hamil tanpa disentuh? Siapa?
Sedih mengusung Maryam mengasingkan diri jauh-jauh daripada manusia.
Tatkala tiba waktu untuk melahirkan, tanpa persiapan pakaian-pakaian bayi, tanpa sesiapa menemankan, tanpa doktor, jururawat atau suami yang menggenggam tangan, malah bersendirian bertemankan sakit kontraksi sambil bersandar pada sepohonan kurma. Beliau sendirian...
"Wahai, betapa baiknya kalau aku mati sebelum ini, lalu aku tidak diperhatikan orang dan dilupakan.."
Sebak mendengarkan ayat ini. Sebuah rintih meluncur dari mulut. Bukan kerana kecewa bahawa itu takdir Tuhan buatnya tetapi dek ujian yang berat tak tertanggung, jiwa yang kuat melayah jua.
Lalu Sang Jibril merendahkan diri dan berseru memujuk-mujuk,
"Wahai, janganlah dirimu gundah-gulana. Bahkan ada anak sungai di bawah kakimu."
"Wahai, goyangkanlah pohon kurma itu nescaya gugurlah buahannya yang masak ranum buatmu."
"Wahai, makan dan minumlah dikau dan bersenang hatilah. Jika engkau melihat seseorang, katakanlah aku bernazar dengan Tuhan untuk tidak berbicara dengan siapapun."
"Bahawasanya tiada suatu hal pun mustahil atau payah bagi Tuhan. HebatNya Dia, dan hal ini menjadi indikator kebesaran dan rahmatNya."
(Maryam 19: 23-26)
Sungguh!
Indah sungguh bahasa Tuhan.
Membawa cerita secara indah dan membahagiakan hinggakan seolah-olah kita turut menyaksikan sama, berada benar-benar di bawah teduhan pohon kurma.
Sungguh! Banyak sungguh pesanan Tuhan buat wanita hamil di dalam Surah Maryam ini.
šWahai ibu yang hamil, jangan bersedih! Ini desain taqdir hidupmu. Terimalah ia dan redhalah. Bila kamu menerima, kamu menjadi tenang dan bahagia. Ia hadiah dari Tuhan buatmu.
šWahai ibu yang hamil, sila cukupkan nutrisi daripada makanan dan minuman yang baik. Ambil makanan yang berkhasiat dan minumlah air yang banyak. Air sangat diperlukan sewaktu hamil, untuk tubuhmu membuat persediaan membina insan baru di dalam rahimmu. Dia sedang dibina satu fasa demi satu fasa. Daripada nutfah menjadi seketul daging, menjadi tulang yang dibalutkan dengan daging. Membina sistem-sistem badannya. Membina saraf-sarafnya, jantungnya, hatinya, limpanya, mindanya, dan jiwanya.
Maha Suci Allah sebaik-baik pencipta.
Ų«ُŁ
َّ Ų®َŁَŁْŁَŲ§ Ł±ŁŁُّŲ·ْŁَŲ©َ Ų¹َŁَŁَŲ©ً ŁَŲ®َŁَŁْŁَŲ§ Ł±ŁْŲ¹َŁَŁَŲ©َ Ł
ُŲ¶ْŲŗَŲ©ً ŁَŲ®َŁَŁْŁَŲ§ Ł±ŁْŁ
ُŲ¶ْŲŗَŲ©َ Ų¹ِŲøَٰŁ
ًŲ§ ŁَŁَŲ³َŁْŁَŲ§ Ł±ŁْŲ¹ِŲøَٰŁ
َ ŁَŲْŁ
ًŲ§ Ų«ُŁ
َّ Ų£َŁŲ“َŲ£ْŁَٰŁُ Ų®َŁْŁًŲ§ Ų”َŲ§Ų®َŲ±َ ۚ ŁَŲŖَŲØَŲ§Ų±َŁَ Ł±ŁŁَّŁُ Ų£َŲْŲ³َŁُ Ł±ŁْŲ®َٰŁِŁِŁŁَ
"Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta."
[Al-Mu’minun, 23:14]
Dia mendengar.. ya dia mendengar suaramu wahai ibu. Dia telah mampu mendengarkan irama suaramu bahkan mengecam suaramu. Dia mahu bertemu denganmu, maka bergembiralah wahai ibu! Dia anugerah terindah dari Tuhan buatmu, yang bakal menyerikan hidupmu dan menjadi temanmu.
šWahai ibu, bersenang hatilah, jangan bersedih. Apatahlagi sewaktu dikau sedang hamil, kerana setiap ibu merupakan insan yang dimuliakan Allah.
Bertenang-tenanglah wahai ibu. Ketenangan membantu proses pembinaan anak di dalam kandunganmu. Hantarkanlah signal-signal yang baik untuk pertumbuhannya. Protein perlu ditranslasi dan dibina mengikut kod dan signalnya, justeru ia perlukan signal yang betul. Suasana hatimu, suasana fikiranmu, perlakuan bahkan amalanmu. Ia difotokopi dan disalin kepada anakmu. Tenang-tenanglah semoga yang baik lebih mendominasi.
Tenang juga menghasilkan kadar serotonin-dopamin dan neurotransmitter-neurotransmitter yang pelbagai lagi dalam kuantiti normal, tidak berlebih dan tidak berkurang sehingga emosi dan ragam anakmu tidak sampai menyakitkan dirimu. Kerana ia juga tenang setenangnya..
Justeru wahai ibu.
Usahlah bersedih, sehingga berlarutan sedihmu. Bimbang mengganggu pernafasanmu. Pernafasan yang tidak seimbang mengakibatkan pembakaran yang tidak lengkap, lalu menghasilkan spesis oksigen yang aktif yang akan mengganggu proses pertumbuhan dalam kandunganmu. Bahkan boleh menjadi asbab pelbagai masalah pada anak, fizikal ataupun mental, yang tak sanggup dititipkan di sini.
Ya Allah Ya Wali
Ya Hafiz Ya Muhaimin
Ya Musawwir.
Binalah ia dengan sebaik-baik binaan. Simetri sifatnya, halus, indah dan seimbang segalanya.
Ł±ŁَّŲ°ِŁ Ų®َŁَŁَŁَ ŁَŲ³َŁَّŁٰŁَ ŁَŲ¹َŲÆَŁَŁَ
"Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) seimbang.
[Al-Infitar, 82:7]
ŁِŁٓ Ų£َŁِّ ŲµُŁŲ±َŲ©ٍ Ł
َّŲ§ Ų“َŲ§ٓŲ”َ Ų±َŁَّŲØَŁَ
Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.
[Al-Infitar, 82:8]
Bagaimana untuk bertenang?
Serulah nama Tuhanmu.. sentiasa.
Dengan menyeru nama Allah, hati menjadi tenang.
Wahai Allah yang bisa memberi keselamatan, peliharalah kami sentiasa dalam pelukan rahmatMu.
Justeru wahai ibu,
Tinggalkan apa sahaja yang menggangu hatimu. Buangkan ketul-ketul kelabu yang mengganggu fikirmu.
Kerana semua itu bukanlah tuhan, semua itu tiada dayanya. Yang hanya ada daya, upaya, tenaga dan kuasa hanyalah ALLAH.
Tidaklah engkau yang melakukan sesuatu itu bahkan Allahlah yang melakukannya.
Bukanlah engkau yang berjalan melainkan Allah yang membuatkan kamu berjalan.
Sebutlah Allah sentiasa dan pasaklah ALLAH dalam hatimu.. segala yang kelabu kan sirna. Lantas hatimu HIDUP.
Berbeza wahai ibu, antara hati yang hidup dengan hati yang mati.
Kembalilah kepada al-Quran, bacalah ia, irama alunan bacaan ibu selalu ditunggu-tunggu oleh anakmu. Bercandalah dengannya lama-lama, benamkan sedih dan gundahmu padanya, carilah jawapan kepada segala kegalauan hatimu.
Di sana, ada segala kebahagiaan buatmu.
Wallahu a'lam
Aku bukanlah penafsir al-Quran, sekadar sang pencintanya. Yang mengambil intinya untuk diri,
Samhani Ismail
08.10.2019
Rujukan:
1. Al-Qur'anul Karim, Miracle The References, Sygma Publishing, Bandung, Indonesia.
2. Allahyarham Abdullah Atan (1968-2019, MyQuranBot), Kuala Lumpur, Malaysia.
No comments
Post a Comment