NOTIS:
Tarif Air: Kenaikan Bukan Bawah 50% Tapi 68% – Najib
SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan kenaikan pukal harga air yang dijangka dilaksanakan tahun depan dikatakan tidak akan membebankan rakyat.
Melalui status Facebooknya, beliau dengan nada sinis membangkitkan jawapan Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang dibuat ketika sesi Parlimen.
“Saya amat terhibur dengan jawapan Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Tengku Zulpuri (Shah Raja Puji) dari DAP dalam Parlimen tadi mengenai kenaikan pukal harga air untuk seluruh negara tahun depan.
“Mula-mula, dia kata kenaikan ini tak membebankan rakyat. Boleh kiralah dia ‘copy/paste’ jawapan PM ke-7 bahawa beberapa cukai baru yang akan dilaksanakan tidak bebankan Rakyat.
“Lepas itu, Timbalan Menteri kata kenaikan kadar air ini adalah jauh lebih rendah dari kenaikan untuk bil utiliti yang lain seperti elektrik, gas dan telekomunikasi. Maksudnya kadar elektrik dan gas nak naik lagi lah,” katanya.
Najib turut ‘memperbetulkan’ pengiraan yang dinyatakan oleh Tengku Zulpuri bagi contoh pengiraan kadar air untuk 25 meter padu pertama.
“Dia kata jumlah caj hanya naik dari RM12.19 ke RM20.50 sahaja – Tak sampai 50 peratus kenaikan pun. Oleh itu ianya tidak benar bahawa kenaikan air tahun depan adalah melampau..jawab dia.
“Okaylah.. PH kata kadar air tak naik sampai 50 peratus itu dah kira tak bebankan dan tidak melampau. Padahal kenaikan dari RM12.19 ke RM20.50 dalam pengiraannya adalah kenaikan 68 peratus – bukan kurang dari 50 peratus,” katanya.
“Tapi kalau ditambah dengan kenaikan cukai taksiran sehingga 120 peratus lebih tinggi (seperti di Pulau Pinang), kenaikan harga petrol dan cukai digital baru yang juga bermula tahun depan dalam situasi ekonomi yang semakin merosot, apa cerita pulak? Masih tak bebankan Rakyat ke?” soalnya. – Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment