Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa untuk segera buat penjelasan berkenaan dengan penjualan aset-aset strategik Tabung Haji bernilai RM2.6 bilion termasuk keseluruhan pegangan saham Tabung Haji dalam Tenaga Nasional Berhad (TNB) bernilai RM1.8 bilion.
Penjualan keseluruhan saham TH dalam TNB terutamanya adalah amat mengejutkan kerana TNB bukanlah syarikat bermasalah bahkan salah sebuah syarikat paling stabil dari segi keuntungan mereka setiap tahun. Malah saham TNB sentiasa membayar dividen yang tinggi kepada TH setiap tahun. Lebih pelik apabila dijual ketika harga saham TNB adalah rendah kerana Bursa Malaysia berkedudulan tercorot berbanding bursa-bursa negara seantero dunia yang lain.
Justeru Pemuda UMNO sekali lagi mendesak Menteri yang menjaga semua agama ni berikan penjelasan segera sebelum makin ramai pendeposit hilang kepercayaan kepada Tabung Haji. Sehubungan dengan ini juga Pemuda UMNO inginkan kepastian apakah benar wang pendeposit dalam Tabung Haji juga merosot teruk daripada RM74 bilion kepada RM69 bilion sahaja ketika ini?
Akhir sekali saranan Pemuda UMNO agar Kekanda Dr Mujahid untuk kembali fokus kepada tugas hakiki dan jangan hanya sibuk menyerang pembangkang dengan pelbagai kenyataan pelik-pelik mengenai penyatuan ummah dan muafakat nasional!
Rejim Israel mempergiatkan serangan propagandanya dengan memperuntukkan dana yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk membentuk pendapat ...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment