Oleh: Zaharudin Muhammad, Pengarah Dokumen Hijau.
Masalah ekonomi pada hari ini berpaksikan kepada kuasa beli yang lemah. Dengan bahasa dan gambaran mudah difahami oleh semua rakyat, saya gambarkan negara kita ada 100 rakyat, ada 100 buah rumah yang dibina, tetapi hanya 60 orang sahaja yang mampu membeli rumah tersebut. Manakala 40 buah lagi tidak mampu dibeli menyebabkan berlaku over supply (supply based on purchasing power, not based on quantity of demand). Jadi masalah kita dalam situasi ini ialah, negara bermasalah kerana institusi kewangan yang melabur dalam 100 rumah tersangkut pada 40 buah yang tidak laku. Kontraktor dan pemaju yang telah mengeluarkan kos pembinaan juga tersangkut. Wang kerajaan yang telah dibelanjakan melalui institusi kewangan seperti MBSB dan bank-bank komersial untuk peruntukan pembangunan hartanah juga terbeku di situ. 40% rakyat tidak mempunyai rumah kediaman.
Ini masalah sebenar ekonomi kita, iaitu rakyat tidak mempunyai wang untuk berbelanja lebih dan kemampuan kewangan hanya berbelanja untuk asasi sahaja; peniaga stationery hanya laku pen dan pemadam sahaja yang puratanya berharga RM1, tanpa sticker dan barang-barang aksesori yang lain. Peniaga kereta hanya laku kereta-kereta asas sahaja seperti proton saga bukan perdana dan terpaksa memakainya sampai buruk kerana ketidak mampuan. Peniagaaan barang-barang aksesori seperti radio, skirting, dan lain-lain juga terbantut justeru orang tidak mampu, bukankerana orang tidak mahu. Hartanah pula hanya laku flat-flat yang purata harga dibawah RM200,000 sahaja, juga tanah-tanah lot kongsi yang purata harga RM30,000 sekeping. Kedai-kedai runcit pula hanya laku barang-barang asasi seperti beras, gula, minyak masak dan seumpanya sahaja, tanpa barang-barang tambahan seperti jajan dan seumpamanya.
Masalah ekonomi ini berpunca daripada rakyat sudah terbeban dengan kutipan paksa kerajaan termasuk cukai-cukai sedia ada; bayaran 60% bulanan kereta sebagai contoh adalah difaktorkan oleh pelbagai jenis bayaran wajib oleh seperti duty eksais, cukai import dan lain-lain kos tersembunyi di dalam sebuah harga kereta. Dengan kata lain, jika rakyat membayar RM1000 sebulan ansuran kereta, RM600 itu adalah bayaran untuk kerajaan. Itu tidak lagi termasuk cukai-cukai sedia ada dalam barangan yang asalnya dikenakan ke atas supplier seperti cukai korporat yang akhirnya dibayar oleh rakyat pembeli kerana golongan korporat memasukkan kos cukai itu ke dalam harga barangan dan khidmat mereka. Maka jika ditambah pula dengan GST atau SST, maka bebanan itu akan semakin berat.
Kesannya, golongan B40 terpaksa catu perbelanjaan mereka seterusnya membantutkan ekonomi negara. Dengan gambaran mudah, golongan B40 ini sepatutnya mereka membeli 15 kali goreng pisang sebulan berdasarkan (quatity of demand), disebabkan kuasa beli lemah maka mereka terpaksa catu jadi 6 kali sahaja sebulan (berdasarkan purchasing power). Kesannya penjual goreng pisang akan merudum menyebabkan mereka tidak mampu tukar kereta setiap 5 tahun sekali (sebagaimana sepatut) dan tak mampu renovate rumah atau upgrade rumah baru. Kesan lanjutan ialah penjual kereta dan hartanah tak laku. Bila penjual kereta tak laku, maka hasil cukai kerajaan juga kurang. Bila kerajaan kenakan cukai GST balik ke atas pembeli B40, kesannya mereka dah tak mampu lagi membeli goreng pisang, menyebabkan jualan hardware, kereta dan hartanah akan lagi perlahan seterusnya cukai negara pula akan berkurangan.
Oleh itu, pihak PAS melalui Dokumen Hijau sejak 2016 telah mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya dilaksanakan cukai Saham dan Simpanan Korporat (CSDSK) bukan SST dan GST. Kesan perbandingan berdasarkan angka pada tahun 2016, hasil CSKSK ialah RM51.5 bilion, GST sebanyak sekitar 49 bilion dan SST hanya sekitar RM20 bilion sahaja.
Kesan cukai GST, kerajaan kaya, rakyat B40 dan M40 akan terbeban manakala T20 akan terlepas. Kesan SST pula, kerajaan miskin, rakyat ringan manakala T20 tetap terlepas. Jika CSKSK dilaksanakan, kerajaan kaya, B40 dan M40 tidak terbeban tetapi hanya T20 sahaja yang akan terlibat dengan pembayaran cukai tersebut disebabkan formula Haul yang ada dalam cukai Islam yang menggunakan kaedah (ŁŲ§ ŲŖŲ³ŁŲ· ŲØŲ§ŁŲŖŁŲÆŁ ).
Yang lebih penting di dalam Dokumen Hijau ialah prinsip ke 3 yang bertujuan untuk memulihkan kuasa beli rakyat. 25% daripada RM51.5 bilion iaitu sekitar RM12,875,000 (RM12.8 bilion) itu hendaklah direct kepada golongan miskin sebagaimana roh cukai Islam. Tujuan agihan 25% kepada golongan miskin ini bagi mengepam kuasa beli diperingkat akar umbi supaya naik ke lapisan perniagaan atasan dan melariskan jualan diperingkat korporat pada akhirnya. Atau dengan kata lain, melariskan jualan goreng pisang di kampung-kampung akan menjadikan penjual-penjual goreng pisang akan melariskan penjualan kereta, hardware, perumahan dan lain-lain, seterusnya meningkatkan cukai kerajaan.
Jika kerajaan kenakan cukai GST semula, beban rakyat akan meningkat, kuasa beli akan semakin lemah, seterusnya jualan kereta, perumahan dan seumpamanya akan perlahan seterusnya berlaku over supply dan ekonomi akan membeku pada aset-aset tersebut sebagaimana yang berlaku sewaktu krisis kewangan dunia pada tahun 2008.
Jika kerajaan memang berhasrat untuk menjual aset negara kepada pihak asing, maka terus bebankan ekonomi rakyat B40 dan M40 dengan pelbagai cukai, biarkan mereka terus lemah untuk terus membeli dan biarkan property tidak laku. Nanti senang kerajaan jadikan ianya alasan terbaik untuk menjual hartanah kepada warga asing. Selepas mereka memiliki hartanah, jadikan ianya alasan untuk mereka mendapat IC dan warganegara. Seterusnya mereka akan jadi penentu siapa pemerintah Malaysia. Pada waktu itu, negara ini bukan lagi milik rakyat tempatan yang lemah ekonomi mereka tetapi milik golongan kaya antarabangsa dan kuasa asing untuk mereka kuasai selat melaka pada akhirnya.
Ingatlah, tanah itu nilai kuasa bukan hanya nilai komersial.
Sekian, terima kasih.
Share Youtube Channel: Zaharudin bin Muhammad
https://youtu.be/zAnWj0cfom0
https://youtu.be/fMdy8RpMNis
Like dan share: FB Page Zaharudin Muhammad.
https://www.facebook.com/Zaharudin-Muhammad-312456128784829/
No comments
Post a Comment