NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Negara Rosak Sejak Mahathir, Bukan 60 Tahun Lalu



PETALING JAYA – Seorang bekas ahli Parlimen mempersoalkan keadilan menyalahkan 60 tahun pemerintahan UMNO atas kemerosotan hubungan kaum dan pertumbuhan rasuah yang didakwa berlaku di negara ini.

Tawfik Ismail, sebagai seorang ahli UMNO yang pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat Sungai Benut, percaya kerosakan bermula semasa penggal pertama Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Mengatakan sebaliknya hanya melupakan tiga perdana menteri pertama adalah negarawan berintegriti, katanya.

Beliau bercakap tentang Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak Hussein dan Hussein Onn seperti pemimpin yang tidak bergantung pada politik naungan, kaum atau agama untuk mempertahankan kuasa.

Tawfik mendakwa keadaan berubah selepas Mahathir mengambil alih tampuk pemerintahan negara sebagai perdana menteri keempat, terutama selepas krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang membawa kepada pembatalan pendaftaran parti itu.

Akibatnya Mahathir menekankan kesetiaan dan naungan mengatasi kecekapan dan integriti, katanya.

“UMNO hari ini UMNO 1987,” kata Tawfik, anak kepada Ismail Abdul Rahman yang pernah berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri dalam pentadbiran Abdul Razak.

Beliau berkata Dasar Ekonomi Baru yang dimulakan Razak bertujuan sebagai langkah sementara bagi membolehkan pengagihan kekayaan sama rata dalam kalangan kaum.

“Matlamat Razak adalah memastikan orang Melayu boleh memainkan peranan lebih besar dalam ekonomi,” katanya.

“Institusi kerajaan ditubuhkan untuk memegang ekuiti bagi orang Melayu dan membantu mereka berdiri sama tinggi dengan kaum-kaum lain supaya boleh bersaing.

“Kerosakan bermula selepas Mahathir mula menjadikan UMNO lebih keagamaan. Beliau membawa masuk Anwar Ibrahim, dan Anwar membawa idea menyemai nilai-nilai Islam dalam proses kerajaan.”

Agama kemudiannya menjadi platform penting untuk pemimpin UMNO, tambahnya.

Ahli sains politik, Chandra Muzaffar berkata, terlalu mudah untuk mengatakan sejarah 60 tahun lalu sama sekali teruk atau baik untuk negara kerana terdapat kejayaan dan kekurangan.

Bagaimanapun polarisasi kaum dan rasuah lebih buruk hari ini berbanding 30 hingga 40 tahun lalu, katanya.

“Jadi saya rasa dakwaan UMNO merosakkan negara selama 60 tahun tidak adil pada pengasas negara.”

Beliau berkata mereka yang membuat dakwaan seperti itu jangan lupa Mahathir seorang ahli politik yang terkemuka selama hampir 60 tahun itu.

“Jika semua teruk selama 60 tahun itu, kenapa rakyat memilihnya untuk memimpin negara sekali lagi?”

Chandra berkata terdapat banyak perkara baik yang boleh diperkatakan mengenai kepimpinan setiap perdana menteri.

Beliau berkata Najib Razak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri manakala Abdullah Ahmad Badawi mendirikan mekanisme anti-rasuah.

“Saya fikir rakyat juga mesti ingat selama lebih 60 tahun itu, mereka juga memainkan peranan besar dalam memilih kerajaan,” tambahnya. – FMT

Sumber: https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/negara-rosak-sejak-mahathir-bukan-60-tahun-lalu/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo