oleh: Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil
20 September 2019
[Pertama] Sengketa Salibiyyah
Peperangan demi peperangan berlaku dalam pelbagai dimensi. Kalau dahulu, ia lebih kepada persenjataan, maka kehebatan sebuah empayar apabila ketenteraannya dilatih dengan stamina dan strategi. Strategi yang "cantik" dan stamina kekuatan tentera mendorong kepada kejayaan dalam pertempuran.
Pasca Perang Salib 1096 menyaksikan bahawa pihak Kristian (Tentera Salib) merasa hairan dengan kekuatan luar biasa tentera Islam. Persenjataan yang tak cukup, dan bilangan yang tak berapa ramai mampu menumbangkan Tentera Salib yang punyai segala material.
Mereka mengkaji kekuatan Islam dan menyimpulkan bahawa kekuatan Islam terikat pada al Quran dan Sunnah. Lalu mereka merancang ke arah menjauhkan Ummat Islam daripada kedua dua sumber itu dengan mengalihkan cara serangan daripada persenjataan kepada serangan pemikiran.
Sudah pasti serangan pemikiran ini dapat disuburkan melalui penulisan. Lantas tercetusnya perang penulisan secara halus dan ramai yang tidak menyedarinya. Disuburkan sejak era 18an antaranya dengan Pemikiran Darwinisme dan Marxisme yang dibukukan dan dipromosikan.
Tajamnya sebuah pena penulisan adakalanya merubah politik dunia, sengketa zaman berzaman, bunuh membunuh dan banyak lagi. Memang benar, pena itu jauh lebih tajam daripada mata pedang. Suka untuk saya lontarkan di sini beberapa bentuk ketajaman pena.
[Kedua] Karya Theodor Herzl Dan Kebangkitan Yahudi
Theodor Herzl nama yang cukup masyhur dengan ideanya yang membawa Yahudi ke persada antarabangsa. Beliau terkesan dengan gerakan anti-Yahudi antaranya Peristiwa Dreyfus di Perancis. Daripada beberapa peristiwa hitam terhadap Yahudi ini, beliau mula menyebarkan ideanya dengan menziarahi banyak tempat.
Di Istanbul, Timur London, Basel dan sebagainya. Tulisan beliau yang masyhur yang menjadi pegangan orang Yahudi untuk bangkit ke arah hidup bernegara ialah Der Judensaat (Negara Yahudi) 1896 dan Altneuland (Tanah Baru Lama) 1902. Dua penulisan ini banyak memberi kesan kepada kesedaran Bangsa Yahudi untuk mengembalikan sejarah silam mereka menguasai dunia.
Dikatakan juga kedua dua karyanya itu banyak merujuk kepada Talmud, iaitu buku syarahan kepada Perjanjian Lama yang dipegang oleh orang Yahudi sejak zaman berzaman. Pada 1901 beliau bertemu Sultan Abdul Hamid II, Khalifah Islam di Turki ketika itu memohon untuk mendapatkan sekangkang kera di Palestin.
Permohonan tersebut ditolak mentah kerana Sultan Abdul Hamid II seolah-olah dapat membaca idea Theodor Herzl yang dipersembahkan di dalam Der Judensaat 1896 ke arah menguasai Palestin dengan menubuhkan Negara Haram Yahudi. Setahun kemudian pada 1902 beliau menerbitkan pula karya Altneuland.
Walaupun Theodor Herzl mati pada 1904, karya dan ideanya yang memberi kesan kepada Yahudi Zionis itu diteruskan sehinggalah perjanjian Sykes-Picot pada 1916 dan seterusnya pada 1948 negara Haram Yahudi pun diisytiharkan bertapak di Tanah Palestin.
[Ketiga] Syed Qutb Dan Ketajaman Penulisannya
Asy Syahid Syed Qutb dikenali sebagai penulis tajam. Beliau dihantar ke Amerika oleh Kerajaan Mesir untuk berkursus tentang pendidikan. Umum mengetahui Mesir ketika itu sedang melaksanakan agenda Barat untuk melahirkan ilmuan Islam berfahaman Barat. Lalu beliau antara yang terpilih untuk ke sana pada 1948-1950.
Ketika berkursus di sana, beliau mula mendapat kesedaran khususnya ketika mendapat berita tentang kematian Asy Syahid Imam Hassan al Banna pada 1948 yang mendapat sorakan rakyat Amerika. Selain itu, beliau juga dapat menghidu rancangan Amerika mengkaderisasi ilmuan Islam untuk diperalatkan.
Asy Syahid Syed Qutb mati di tali gantung pada 1966 disebabkan penulisannya yang tajam. Antaranya dua buku yang bertajuk Ma'rakah al Islam Wa Ra'sumaliyyah (pertembungan antara Islam dan Kapitalism) 1951 dan buku As Salam al Alami Wal Islam (Kesejahteraan Sejagat dan Islam) 1951.
Tulisan pertembungan antara Islam dan Kapitalism banyak mendedahkan perancangan-perancangan Barat ke atas dunia Islam yang sepatutnya menjadi rahsia. Manakala tulisan Kesejahteraan Sejagat lebih memperingatkan tentang perancangan Barat untuk mengheret ummat Islam dalam kancah Perang Dingin.
Pendedahan beliau yang luar biasa ini mampu menduga rancangan-rancangan Barat beberapa puluh tahun ke hadapan, yang tak sepatutnya diketahui umum. Hal ini mendorong Barat merancang pembunuhan ke atasnya.
Tambahan pula tulisannya yang "panas" bertajuk "Islam Acuan Amerika" pada 1952 menceritakan kaderisasi ilmuan Islam yang bertugas sebagai agen-agen Barat ke arah mempersembahkan Islamophobia yang mana umum mengetahui kemunculan golongan ini puluhan tahun kemudiannya
[Keempat] Apa Kaitan Dasar Amerika Dengan Penulis Israel?
Selepas Drama 11 September 2001 berlangsung, Amerika yang dipimpin oleh Bush ketika itu sedang ghairah mengkucar kacirkan beberap buah negara antaranya Iraq yang membawa kepada penangkapan Saddam Hussein pada 2004 dan dijatuhi hukuman mati dua tahun kemudian.
Apabila Bush ditanya oleh wartawan tentang dasar luar Amerika ketika itu, Bush menjawab dengan menyuruh supaya merujuk buku Natan Sharansky. Siapakah dia? Kenapa tiba-tiba penulisannya muncul di pentas dunia?
Natan Sharansky merupakan salah seorang pemikir Yahudi dan juga dikenali sebagai penulis hot. Di dalam bukunya The Case For Democracy yang diterbitkan pada 2004, 3 tahun selepas Drama 11 September 2001 menyatakan:
"Antara agenda penubuhan Negara Israel mestilah dijayakan dengan konflik bersaudara sesama Ummat Islam dengan alasan bangsa dan mazhab"
Jelas apa yang dilakukan oleh Amerika terhadap Iraq. Iraq boleh dikatakan pesaing Amerika, dan mencabar kuasa itu. Apabila Saddam ditangkap sentimen Sunni-Syiah dimainkan supaya Iraq dikatakan berpunca daripada konflik mazhab, bukannya agenda Amerika. Operasi Dujail 1982 yang menyasarkan kelompok Syiah, dimainkan semula sehinggalah Saddam digantung pada 2006 dengan kepuasan hati mereka yang terkesan dengan sentimen mazhab.
[Kelima] Ummat Islam Perlu Sedar
Apabila melihat serangan-serangan pena oleh Barat khususnya, kita dapati Ummat Islam hari ini masih "belum dapat sambut" kaedah perang sebegini. Penulis setajam Syed Qutb, tidak ramai. Mungkin ia disebabkan oleh mereka ini dipenjarakan seperti tokoh-tokoh Ikhwan Muslimin yang lain.
Era kegemilangan penulisan dan kajian Islam satu ketika dahulu pernah membuatkan Barat terliur sehingga mereka terpaksa menghantar orientalis-orientalis menyusup masuk di dalam kerajaan Abbasiah Baghdad untuk mencuri naskah naskah asal tulisan sarjana Islam.
Selepas zaman berzaman, ada penulis yang muncul di layar antarabangsa seperti kitab Izharul Haq (Ų„ŲøŁŲ§Ų± Ų§ŁŲŁ) oleh Maulana Rahmatullah al Hindi yang membuatkan gereja gereja sedunia tidak senang duduk. Namun hari demi hari kejayaan ini semakin susut, dan perlu dibangkitkan semula.
Makalah-makalah Imam Hassan al Banna yang menjadi kajian sarjana hari ini, pernah membuatkan mereka kagum bagaimana beliau mengorak ke arah mencetuskan gerakan Islam. Sebab itulah para pemerintah Arab yang berideologi barat sangat takut dengan penulisan-penulisan seperti ini.
Bagaimana dengan generasi hari ini? Generasi hari ini khususnya di Malaysia, Anak muda liberal pula yang rajin membaca dan mengulas. Manakala anak muda Islam lebih suka dihanyutkan dengan novel-novel sengal dan geli-geli, kemudian posting ayat-ayat cinta. Sampai bilakah?
Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil ialah Ketua Lajnah Perkaderan Ulamak Pelapis, Dewan Ulamak PAS Pusat
Sumber: https://www.facebook.com/ulamakpelapispasperak/photos/a.204796529693413/1254259401413782/

No comments
Post a Comment