oleh: MOHD ASRI BIN MAT DAUD
17 Safar 1441/16 Oktober 2019
1. Persidangan Kali Ke-3 (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Ke-2 Dewan Negeri Kelantan Ke-14 masih bersidang pada hari ini. Selain agenda pembentangan Belanjawan 2020, banyak isu-isu negeri juga disentuh dan dijawab oleh pucuk pimpinan Kerajaan Negeri. Persidangan pada 15 Oktober 2019 (Selasa) turut menyaksikan Dewan Negeri Kelantan telah meluluskan usul rasa dukacita diatas kenyataan YB Menteri Kewangan berkaitan bayaran tunai petroleum yang dikatakan telah dibayar kepada Kerajaan Negeri.
2. Ketika menjawab soalan yang dikemukakan untuk mendapat jawapan mulut oleh Adun Gual Periok berkenaan pembayaran royalti pada 14 Oktober 2019, YAB Menteri Besar Kelantan telah menyatakan jawapan bahawa Kerajaan Negeri masih belum menerima apa-apa bayaran royalti. Termasuk ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Adun Semerak pada 15 Oktober 2019 berkaitan kenyataan Menteri Kewangan tersebut, sekali lagi YAB Menteri Besar Kelantan membuat penafian bahawa wang royalti telah disalurkan. Apa yang diterima oleh Kerajaan Negeri adalah wang ehsan.
3. Kenyataan rasmi dalam Dewan Negeri yang mulia telah ditular secara tidak profesional oleh pihak yang tidak bertanggungjawab lalu memfitnah YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri telah menipu rakyat Kelantan. Kenyataan ‘MB Kelantan dan Kerajaan Negeri Menipu Rakyat’ dan seumpamanya ini sangat biadab dan tidak menghormati kemuliaan Dewan Negeri yang masih bersidang. Tambahan pula Dewan Negeri sendiri telah meluluskan usul dengan sebulat suara melahirkan rasa dukacita dan kesal diatas kenyataan tersasar Menteri Kewangan tersebut. Pihak yang menuduh Menteri Besar Kelantan berbohong sebenarnya yang keliru atau sengaja menyembunyikan maklumat sebenar dalam perkara ini.
4. Jumlah RM28,372,598.25 yang diterima oleh Kerajaan Negeri pada 21 Februari 2019, 26 Mac 2019 dan 18 September 2019 sebagaimana yang ditularkan adalah wang ehsan dan bukannya wang royalti. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan tidak sepatutnya menyalurkan wang ehsan (sebagaimana kenyataan bersurat menyebut Pemberian Wang Ehsan Negeri Kelantan) kerana ia bercanggah dengan kenyataan YAB Perdana Menteri yang telah memansuhkan program wang ehsan dan hanya akan menyalurkan royalti kepada Kerajaan Kelantan berdasarkan kenyataan beliau pada 07 Julai 2018.
5. Maka yang dikatakan wang tunai yang diterima pada tahun 2019 adalah atas nama wang ehsan walaupun disalurkan kepada akaun Kerajaan Negeri Kelantan. Sebelum ini wang ehsan hanya disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan sahaja. Wang tunai royalti sebanyak 5% sekiranya mengambil anggaran yang dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan bagi tahun 2016 adalah sebanyak RM681,169,052.00 bagi tahun 2017 sebanyak RM1,030,226,056.00 dan bagi tahun 2018 sebanyak RM1,106,505,418.00. Jumlah wang ehsan yang disalurkan (yang didakwa wang tunai royalti) sebanyak tiga kali bagi tahun 2019 sangat tidak menunjukkan ianya adalah wang tunai royalti.
6. Pelbagai usaha Kerajaan Negeri bagi mendapatkan royalti sehingga ke saat ini, termasuklah Program Solat Hajat dan Munajat Royalti pada 09 Oktober 2019 lalu, kenyataan rasmi YAB Menteri Besar Kelantan di Dewan Negeri, Usul yang diluluskan di Dewan Negeri kesemuanya adalah bukti jelas bahawa Kelantan masih tidak menerima bayaran royalti.
*MOHD ASRI BIN MAT DAUD ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan
Ketua Pemuda Umno Sabah Sufian Abdul Karim berkata dengan penarikan balik pendakwaan ini, Malaysia dapat memperbaiki imej keadilannya di per...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment