oleh: DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN
Jumaat, 18 Oktober 2019 | 19 Safar 1441H
1. Saya meneliti dengan amat bimbang tindakan pemimpin DAP mempertikaikan kontrak sosial yang menjadi tunjang utama kepada kemerdekaan negara.
2. Bermula dengan ucapan sahabat saya Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, di Parlimen Selasa lalu, sewaktu menyerang Kongres Maruah Melayu, terang-terang menyebut kontrak sosial ini tidak wujud dengan berkata “there is no social contract”, ia sengaja direka dan diambil entah dari mana untuk mengeruhkan keadaan.
3. Hari ini seorang lagi pemimpin DAP, Dr. P Ramasamy, sewaktu menyerang Majlis Profesor Negara yang mempertahankan Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling, juga menyebut kontrak sosial ini tidak wujud dengan berkata “the nebulous “social contract” was more a figment of Zainal’s imagination than anything else”.
4. Tindakan pemimpin DAP ini membuktikan :
(i) Janji PH sebelum ini bahawa mereka akan mempertahankan perkara-perkara asas yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan menyentuh Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera adalah satu janji palsu.
(ii) DAP biadab kerana menentang secara terbuka titah Raja-Raja Melayu melalui Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 di Istana Maziah, Kuala Terengganu, pada 16 Oktober 2008 supaya isu berkaitan kontrak sosial tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah serta tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar. Begitu juga titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, pada 6 Ogos 2018 supaya “Jangan ada individu atau badan yang mahu menjadi jaguh, mengungkit dan menuntut perkara-perkara asas yang telah dipersetujui dan termaktub di dalam Perlembagaan Negara.”
5. Saya dengan ini :
(i) Mencabar PH supaya menendang keluar DAP dari pakatan itu atas tindakan pemimpin DAP mempertikaikan kontrak sosial ini.
(ii) Merafak sembah Kebawah Duli Raja-Raja Melayu supaya memandang serius tindakan pemimpin DAP menentang secara terbuka titah supaya kontrak sosial ini tidak dipertikaikan.
(iii) Menggesa polis menyiasat dan menahan pemimpin DAP yang mempertikaikan kontrak sosial ini kerana tindakan begini berpotensi mendatangkan huru-hara dalam negara.
Sekian.
"Islam Memimpin Perpaduan"
*DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus
Pakar Psikologi Kanak-Kanak di CPC International Sdn Bhd, Dr Noor Aishah Rosli berkata faktor genetik (sejarah keluarga yang mempunyai autis...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment