NOTIS:
DAP Parti Pengganas Jika Berterusan Mendokong LTTE
oleh: Dr Asyraf Wajdi
Dunia melabelkan LTTE sebagai pengganas, sebagaimana ISIS atau DAESH dilabelkan kumpulan pengganas atau terroris. Di Malaysia tidak pernah parti politik Melayu-Islam samaada UMNO atau PAS mempertahankan ISIS atau DAESH, bahkan menyatakan dengan tegas ISIS atau DAESH sebagai kumpulan yang tidak sesekali mewakili ajaran Islam.
Kenapakah DAP dan pimpinan mereka bersungguh-sungguh mempertahankan LTTE, malah mempertikaikan undang-undang dan tindakan polis yang sedang menjalankan tugas dan melaksanakan prinsip ‘RULE OF LAW’? Jika DAP berterusan dengan sikap seperti ini dan tidak menjarakkan parti mereka daripada individu-individu termasuk kepimpinan parti yang dikaitkan dengan LTTE, maka sedikit demi sedikit akan membenarkan persepsi yang sedang terbentuk bahawa DAP ADALAH PARTI PENGGANAS!
Sumber: https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki/photos/a.261406717222716/2949941825035845/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment