Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan bekerjasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dan Jabatan Pendidikan Tinggi dalam menyediakan kajian terperinci berkenaan cadangan penggabungan kedua-dua universiti itu.
Naib Canselor UMT, Prof Dr Nor Aieni Mokhtar berkata, UMT akan melaksanakan langkah-langkah seterusnya berasaskan keputusan kabinet.
"Kita akan bergerak, bekerjasama dengan Unisza dan Jabatan Pendidikan Tinggi untuk menyediakan kajian terperinci dan mencadangkannya kepada kerajaan.
"Bagaimanapun, saya memohon semua pihak supaya tidak lagi mempolitikkan perkara ini," katanya ketika diminta mengulas mengenai cadangan penggabungan dua universiti itu selepas hadir ke program gotong-royong membersihkan pantai di Tok Jembal di Kuala Nerus, hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Mestecc) Dr Nagulendran Kangayatkarasu dan Karyawan Tamu UMT, Fauziah Latiff.
Nor Aieni bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hasil pertemuannya bersama Naib Canselor Unisza Prof Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan yang dipanggil menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada Khamis lepas.
Pada 4 September lepas, Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataannya berkata kerajaan bersetuju secara prinsip dengan cadangan penggabungan UMT dan Unisza.
UMT, yang terletak berhampiran dengan Unisza mempunyai kira-kira 11,000 pelajar manakala Unisza 12,262 pelajar.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik baru-baru ini berkata penggabungan itu akan mewujudkan sinergi bagi menjadikannya sebagai pusat rujukan antarabangsa dalam bidang khusus dalam tempoh lima tahun.
PARLIMEN | Putrajaya sedang berusaha membuat pindaan undang-undang yang akan memaksa penyedia platform media sosial mendedahkan data penggu...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment