NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Siti Zainon Sasterawan Negara Ke-14


KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi berkenan menghadiri Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara ke-14 (ASN ke-14).

Pada majlis yang diadakan di sebuah hotel di sini, keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada 8.40 malam disambut Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Ni Ching dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kemudiannya berkenan menerima Sembah Kenal Penerima Anugerah Sastera Negara ke-14, Prof. Dr. Siti Zainon Ismail oleh Maszlee.

Baginda kemudian berkenan menyampaikan watikah Sasterawan Negara kepada Siti Zainon sebelum menerima sembah ucapan daripada Siti Zainon.

Sementara itu, Siti Zainon dalam sembah ucapannya berkata, penyatuan melalui Bahasa Melayu sebagai bahasa negara harus diberi tumpuan, dengan penggunaannya diperluaskan dalam hebahan melalui poster, papan tanda arah dan iklan selain mendahulukan bahasa kebangsaan dalam persembahan, seminar atau dalam dialog bernuansa antarabangsa.

“Hari ini ‘Rumah Budi Melayu’ makin sesak dan bergoyang… disendatkan dengan pelbagai tingkah laku canggung bertentangan dengan resam budaya. Pemahaman Bahasa Jiwa Bangsa semakin tipis,” jelasnya yang telah menghasilkan tiga buah novel, sembilan buah kumpulan cerpen, 25 buah kumpulan puisi dan 20 buah buku kajian dalam dunia kesusasteraan.

Sebelum ini, Siti Zainon telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-14 yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

Pemilihan Siti Zainon berdasarkan kepada sumbangan beliau melalui karya dan pemikiran serta sumbangan terhadap pengembangan sastera.

Anugerah Sastera Negara diberikan sejak 1981 kepada sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu dan telah memberikan sumbangan yang cemerlang dan berterusan dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan bermutu tinggi.
( Hide )
  1. Saya NG HONG SIONG dari Kepong baru, dan saya ingin mengumumkan bahawa DATUK YIP KUM FOOK telah menipu Kad Pengenalan Negara saya dan telah menjadi penipu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ada orang yang mengatakan bahawa saya telah menjual Kad Pengenalan saya kepadanya, tetapi itu tidak benar. Malah, dia telah mengambil Kad Pengenalan saya untuk mencarikan saya pekerjaan.


    Saya telah melaporkan diri ke banyak balai polis, tetapi mereka tidak aktif. Mungkin Datuk Yip Kum Fook dan polis boleh bekerjasama kerana Datuk Yip seorang ahli politik (MCA), dan dia boleh membayar wang kepada polis.

    Sekarang, saya menderita kerana beberapa polis dan beberapa samseng menghubungi saya, juga pegawai bank menghubungi saya untuk mengatakan bahawa saya meminjam wang dari pelbagai bank. Inilah yang dilakukan oleh Datuk Yip kepada saya. Jika dia terus melakukan ini tanpa henti, saya akan berkongsinya di internet pada masa hadapan.

    Saya berharap dapat berkongsi mesej ini dengan semua orang tanpa henti. Mungkin mesej ini mempunyai kuasa untuk membantu lebih ramai orang di dunia ini, berhati-hatilah dengan SIMON LOW KOK MENG, kerana dia sedang bekerjasama dengan Datuk Yip Kum Fook.

    Dari, Ng, Kepong Baru

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo