NOTIS:
Sekurang-kurangnya 19 maut, lebih 300 cedera gempa di Kashmir
Lokasi terbabit dilaporkan mengalami kerosakan teruk antaranya bangunan runtuh, jalan yang terbelah dua selain kemusnahan tempat tinggal. - Foto: Twitter/@heyItsIbHere
MIRPUR: Sekurang-kurangnya 19 orang dilaporkan maut dan lebih 300 yang lain cedera susulan gempa bumi berkekuatan 5.8 skala Richter yang menggegar Pakistan pada jam 4.32 petang Selasa (waktu tempatan).
Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa terletak berhampiran Mirpur, bandar di wilayah Kashmir yang ditadbir Pakistan.
Lokasi terbabit dilaporkan mengalami kerosakan teruk antaranya bangunan runtuh, jalan yang terbelah dua selain kemusnahan tempat tinggal.
Gegaran gempa pada kedalaman 10 kilometer itu turut dirasai di New Delhi, Chandigarh, Kashmir, sebahagian Himachal dan juga beberapa bandar di Pakistan termasuk Islamabad, Lahore dan Khyber Pakhtunkhwa.
Jabatan meteorologi Pakistan memberi amaran berlakunya gempa susulan dalam tempoh 24 ke 48 jam dan meminta mereka mengambil langkah berjaga-jaga. - Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment