KUALA LUMPUR: UMNO akan berbincang dengan parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) sebelum membuat keputusan berhubung calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor, susulan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, hari ini.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perbincangan itu perlu bagi mencapai kata sepakat antara parti komponen berikutan kawasan Parlimen terbabit adalah kubu kuat MCA sebelum ini.
“Kita akan berbincang dengan parti komponen lain dalam BN,” katanya yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham pada sidang media selepas Majlis Perasmian Konvensyen UMNO Sabah di Kota Kinabalu, Sabah, hari ini
Dr Md Farid yang memegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pontian, Johor, kira-kira jam 6 pagi tadi dipercayai akibat serangan penyakit jantung.
Allahyarham yang juga Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tanjung Piai, memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-MCA), dengan majoriti 524 undi.
Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata apabila berlaku kekosongan kerusi, BN akan berbincang bagi menentukan semua tatacara dan proses menghadapi PRK.
“Ya, lazimnya begitulah jika ada kekosongan kerusi. Kita akan berbincang tetapi itu kemudian. Sekarang, kita perlu menghormati kematian Dr Md Farid.
“Tidak manis bincang soal itu sekarang. Kita perlu menjaga hati dan perasaan keluarga arwah. Tunggu semua selesai dan SPR umum, baru kita bincang. BN tidak perlu gelojoh,” katanya.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, pula berkata parti itu akan berunding dengan UMNO terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan sama ada mahu bertanding apabila PRK diadakan.
“Soal PAS memberi laluan atau tidak kepada UMNO, kita bincang nanti. Masih terlalu awal.
“Soal sama ada MCA mahu meletakkan calon, biar UMNO runding dalam BN. Kita akan berunding dengan UMNO dalam konsep perpaduan ummah,” katanya.
Rejim Israel mempergiatkan serangan propagandanya dengan memperuntukkan dana yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk membentuk pendapat ...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment