Komponen Barisan Nasional (BN) MCA difahamkan bersedia untuk meletakkan calonnya bagi mewakili BN pada Pilian Raya Kecil (PRK) P165 Parlimen Tanjung Piai memandangkan hanya merupakan kerusi tradisi parti itu.
Menurut sumber memberitahu Watan Online, MCA menaruh keyakinan untuk merampas semula kerusi tersebut ekoran situasi politik semasa dan ikatan perpaduan ummah antara UMNO-PAS baru-baru ini.
Pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) lalu calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik memperolehi 21,255 undi menewaskan calon BN Datuk Seri Wee Jeck Seng yang mendapat 20,731 undi dengan hanya mendapat majoriti 524 undi sahaja.
Kawasan Parlimen Tanjong Piai mempunyai seramai 53,528 pengundi dengan pecahan kaum 56.80 peratus Melayu, 41.64 peratus Cina, 1.01 peratus India dan lain-lain kaum 0.55 peratus.
Allahyarham merupakan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri meninggal dunia di Hospital Pontian kira-kira jam 6 pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.
Md Farid yang juga Naib Ketua PPBM Bahagian Tanjung Piai merupakan Timbalan Menteri yang diamanahkan untuk menjaga portfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial.
Sementara itu Presiden UMNO Datuk Seri Dr Amad Zahid Hamidi ketika bercakap di Sabah selepas merasmikan Konvensyen UMNO Sabah di Kota Kinabalu pada Sabtu memberitahu UMNO akan berbincang dengan parti komponen dalam BN terutama MCA kerana kawasan itu adalah kubu kuat parti itu sebelum membuat keputusan berhubung calon untuk PRK Parlimen Tanjung Piai tersebut. Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang dipetik Berita Harian, berkata apabila berlaku kekosongan kerusi, BN akan berbincang bagi menentukan semua tatacara dan proses menghadapi PRK.
“Ya, lazimnya begitulah jika ada kekosongan kerusi. Kita akan berbincang tetapi itu kemudian. Sekarang, kita perlu menghormati kematian Dr Md Farid.
“Tidak manis bincang soal itu sekarang. Kita perlu menjaga hati dan perasaan keluarga arwah. Tunggu semua selesai dan SPR umum, baru kita bincang. BN tidak perlu gelojoh,” katanya.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, pula berkata parti itu akan berunding dengan UMNO terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan sama ada mahu bertanding apabila PRK diadakan.
“Soal PAS memberi laluan atau tidak kepada UMNO, kita bincang nanti. Masih terlalu awal.
“Soal sama ada MCA mahu meletakkan calon, biar UMNO runding dalam BN. Kita akan berunding dengan UMNO dalam konsep perpaduan ummah,” katanya.
KUALA LUMPUR – Tidak timbul isu Perikatan Nasional (PN) mengajak Barisan Nasional (BN) meninggalkan kerajaan perpaduan kerana ia dibuat seca...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment