NOTIS:
Pesawat lewat berlepas 11 jam, rupanya juruterbang hilang pasport
VIETNAM: Kerap kali kita dengar isu kelewatan penerbangan disebabkan oleh masalah teknikal melibatkan pesawat.
Namun berbeza pula dalam kes ini apabila kecuaian juruterbang yang kehilangan pasport telah menyebabkan sekumpulan penumpang terpaksa menangguhkan perjalanan mereka selama 11 jam.
Penerbangan dari Vietnam ke Korea Selatan pada Sabtu lalu yang sepatutnya berlepas pada jam 10.35 waktu tempatan pada Jumaat terpaksa ditangguhkan hingga 9.40 pagi keesokan harinya, lapor Korea Times.
Seorang pegawai syarikat penerbangan memberitahu The Times Korea bahawa penerbangan itu ditangguhkan kerana juruterbang bertugas kehilangan pasport menyebabkan aksesnya ke lapangan terbang di bandar Ho Chi Minh terhad.
Penumpang terpaksa menunggu kerana syarikat penerbangan itu cuba mendapatkan pasport gantian untuk juruterbang berkenaan.
Katanya, insiden itu masih dalam siasatan dan juruterbang berkenaan dilapor bakal dikenakan tindakan.
"Kami sedang mengkaji tindakan disiplin untuk juruterbang. Kami juga sedang berunding dengan penumpang.
“Syarikat penerbangan kami telah menempatkan penumpang di bilik hotel dan memberi mereka sarapan pagi ketika berlakunya kelewatan,” katanya.
Sepertimana penumpang, juruterbang juga perlu melalui pemeriksaan keselamatan sebelum terbang dan perlu menunjukkan dokumen seperti pasport.
Sumber: http://www.astroawani.com/berita-dunia/pesawat-lewat-berlepas-11-jam-rupanya-juruterbang-hilang-pasport-217794
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment